3. Mesin ‘Continuous Positive Airway Pressure’ (CPAP)
Menurut laporan Harian Metro, mesin kesihatan CPAP berfungsi membantu menghembuskan udara semasa pesakit menarik nafas ketika tidur dan ia mampu memberi oksigen secukupnya serta membuka halangan pernafasan yang mengakibatkan dengkur.
Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Avisena Specialist Hospital, Dr Iqbal Farim Rizal Wong berkata, cara yang paling berkesan adalah pesakit perlu berjumpa dengan pakar ENT bagi mengenal pasti rawatan bersesuaian dengan mereka kerana setiap individu memerlukan cara rawatan yang berbeza mengikut ciri fizikal masing-masing.