Mencari lokasi buka puasa Ramadan nanti? Berikut adalah 5 destinasi di Kuala Lumpur yang boleh anda cuba untuk menjamu selera bersama keluarga dan sahabat handai.
Bulan Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi. Pasti ramai yang mencari-cari destinasi untuk buka puasa bersama keluarga mahupun sahabat handai. Sudah tentu ramai yang mahukan destinasi yang menyajikan sajian yang menyelerakan, menerusi pengalaman kulinari yang beraneka rasa di Kuala Lumpur.
Dalam meraikan kedatangan bulan Ramadan tahun ini, Marriott Bonvoy Hotels and Resorts Malaysia melalui rangkaian hotel dan resort mereka di Kuala Lumpur akan menyediakan pelbagai pilihan untuk buka puasa nanti. Bagi mematuhi norma baharu dan mengutamakan keselamatan pengunjung, mereka juga akan memastikan hidangan-hidangan istimewa ini boleh dinikmati oleh semua menerusi pilihan sama ada makan di hotel, bawa pulang, mahupun secara penghantaran
Berikut adalah 5 destinasi berbuka puasa di Kuala Lumpur yang boleh anda cuba Ramadan ini:
1. Le Méridien Kuala Lumpur
Le Méridien Kuala Lumpur kembali dengan Santapan Muhibbah 2.0 menerusi pilihan untuk makan di hotel, bawa pulang, dan penghantaran demi keselesaan dan kemudahan para pengunjung. Kembali atas permintaan ramai, bufet yang telah ditambah baik kali ini menawarkan sajian buka puasa yang unggul di salah satu restoran utama di hotel tersebut, Latest Recipe. Bagi meraikan bulan yang penuh barakah dalam norma baharu, Le Méridien Kuala Lumpur juga bakal menghidangkan sajian tersebut di meja pengunjung. Untuk menguatkan lagi rasa dalam setiap masakan, Sous Cef Eksekutif, Cef Budiman juga memberikan sedikit nafas baharu kepada resipi-resipi lama beliau yang meliputi pelbagai jenis masakan dari seluruh negara ke dalam variasi santapan utama Melayu yang digubah khusus untuk dinikmati oleh para pengunjung.
Pilih saja daripada pelbagai sajian hebat yang tersedia seperti Kari Tulang Rusuk Lembu Utara dengan minyak beraroma, Kambing Golek dengan Rempah Baharah dan sajian tradisional Lemang, Serunding and Ketupat. Sajian bufet yang kaya rasa ini akan ditawarkan pada harga RM178 (dewasa) dan RM89 (kanak-kanak). Hotel ini juga telah bekerjasama dengan ODDLE untuk membolehkan para pengunjung berbuka puasa menerusi set hidangan yang menyelerakan untuk bawa pulang dan juga penghantaran.