2. Aloft Kuala Lumpur Sentral
Ramadan kali ini bakal memperkenalkan Jom Buka@Nook di restoran utama Aloft, Nook dengan menjunjung keunggulan masakan warisan Malaysia. Disediakan oleh Cef Eksekutif Arfizan dan Ketua Jurumasak, Cef Rais bersama pasukan mereka, bufet tersebut menyajikan pelbagai hidangan kegemaran rakyat Malaysia seperti Kambing Bakar, Rendang Daging Sous-Vide, Sup Periuk, Bubur Lambur, sate, rojak, Kerabu Jantung Pisang, Pajeri Nenas Manis, Nasi Briyani Johor, Asam Pedas Ikan Pari, dan pelbagai lagi aneka masakan. Juga pilihan aneka minuman termasuk Air Tebu, Sirap Bandung, Air Kurma, dan Air Jagung. Bufet tersebut ditawarkan pada harga RM148 seorang.
Set hidangan bawa pulang Jom Buka mengandungi 10 jenis juadah dengan tiga pilihan santapan utama iaitu Daging Masak Rendang, Kambing Bakar Bumbu atau Ayam Percik Kelantan. Antara pilihan hidangan sampingan pula ialah Roti Telur Johan, Bubur Lambuk Ayam, Tauhu Bergedil Ayam, Nasi Minyak, dan Sagu Pandan Gula Melaka. Setiap set disertakan dengan minuman jus sejuk dan buah kurma, dijual pada harga RM188-RM288 setiap set. Tersedia untuk bawa pulang dan menerusi penghantaran, tempahan perlu dibuat dalam tempoh 48 jam dan penghantaran adalah percuma untuk pelanggan yang tinggal dalam radius 10km dari Aloft.