3. The Westin Kuala Lumpur
Tahun ini, The Westin Kuala Lumpur menjemput anda untuk meraikan “Indahnya Ramadan!” di ruang makan kontemporari mereka, The Living Room. Sajian bufet yang mengasyikkan ini sedia untuk menjadikan bulan istimewa ini antara bulan-bulan yang paling memberikan kenangan manis buat anda dan yang tersayang. Dengan pasukan kulinari yang diketuai oleh Cef Eksekutif Halim Chek Lah, The Westin Kuala Lumpur akan membuatkan anda terpesona dengan stesen masakan secara langsung, di mana para pengunjung bakal menikmati masakan citarasa Malaysia yang asli. Bagi mengimbau kembali amalan tradisi menyambut bulan Ramadan, bufet tersebut juga akan menghidangkan ulam-ulaman di dalam sebuah sampan bersaiz sebenar dan para pengunjung akan berpeluang untuk mencipta Kerabu dengan adunan tersendiri menerusi seleksi sos pilihan. Dengan harga RM188 (dewasa) dan RM94 (kanak-kanak berusia 7-12, set menu Indahnya Ramadan! boleh juga bawa pulang dan dihantar terus ke muka pintu rumah anda.