4. Element Kuala Lumpur
Membawakan “Desa Vibes” ke Trace Restaurant di tingkat 40 Element Kuala Lumpur, Cef Eksekutif Man dan pasukan beliau bakal melangkaui jangkaan semua menerusi seleksi terbaik kegemaran rakyat Malaysia! Sajian istimewa kali ini cukup dekat di hati Cef Man iaitu Nasi Dagang, sebuah sajian tempatan popular yang berasal dari Pantai Timur. Dihidangkan bersama gulai ikan kembung, acar dan rasa sayang, sajian ini mengimbau kenangan manis Cef Man di kampung halaman bersama orang yang tersayang.
Bufet sajian juga menampilkan aneka kerabu, Daging Salai Madu bersama nenas panggang, pelbagai jenis makanan bakar, Rendang Daging Minang, dan bermacam lagi. Bufet Desa Vibes ditawarkan pada harga RM128 (dewasa) dan RM64 (kanak-kanak). Bagi mereka yang lebih selesa untuk berbuka puasa di rumah, menu Desa Delivery juga boleh didapati sepanjang bulan Ramadan ini.