5. Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown
Terokai “Bazar Selera” di Quan’s Kitchen, Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown. Diilhamkan oleh kepelbagaian budaya dari negara China, Cef Eksekutif Gerald Chong akan mengetuai pengembaraan kulinari anda merentasi Laluan Sutera menerusi stesen Lan Zhou La Mien yang menyajikan mi tarik dengan sup tulang berserta kepingan ayam atau daging yang dihidangkan semasa panas. Hayati kelazatan Kambing Golek Jintan, sajian ikonik dari Xinjiang yang enak dimakan bersama Uzbek Plov. Nikmati juga kepelbagaian masakan kampung dan antarabangsa yang bakal menggamit suasana Bazar Ramadan yang tidak asing lagi.
Kemeriahan kali ini menawarkan menu pembuka selera seperti Kerabu, Ulam dan Sup Berempah Tulang Rawan yang kaya dengan khasiat, santapan utama yang kekal menggiurkan sepanjang zaman; Ikan Patin Tempoyak, Sambal Udang Petai, Ayam Percik dan pelbagai lagi. Akhiri iftar anda dengan rasa manis Ais Kacang tradisional atau Ais Krim Goreng yang digoreng sempurna. Bufet ini ditawarkan pada harga RM158 seorang. Juga boleh didapati menerusi pesanan pengambilan sendiri dan penghantaran.
Foto: Marriott Bonvoy Hotels and Resorts Malaysia
Baca lebih lanjut: Resipi Kek Batik Coklat Cadbury