Hutan Hujan Royal Belum, Perak
Dipercayai berusia lebih 130 juta tahun, Hutan Hujan Royal Belum adalah salah satu hutan hujan yang tertua di dunia. Ia juga merupakan habitat kepada beberapa spesies yang paling terancam di negara ini termasuk Harimau Malaya, Gajah Asia dan Tapir Malaya. Pengunjung boleh mencuba lompatan ‘zipline’ yang mendebarkan merentasi Tasik Temenggor, atau bermalam di tengah-tengah keindahan alam semula jadi.
Baca lebih lanjut: 10 Rancangan Netflix Baharu Sepanjang Jun 2022