Gaya Island Resort, Sabah
Dikelilingi hutan paya bakau dserta keindahan terumbu karang, Gaya Island Resort menjanjikan ketenangan buat semua pengunjung. Terletak di Malohom Bay, resort yang berada berdekatan dengan Taman Laut Tunku Abdul Rahman ini menjadi syurga alam semulajadi berlatarkan kemegahan Gunung Kinabalu. Seni dekorasi setiap ruang penginapan pula menampikan rekaan elegan dan kontemporari, dalam memberikan penghormatan elemen Sabah yang tersendiri.
Foto: Gaya Island Resort
Baca lebih lanjut: 10 Filem Yang Paling Fashionable Boleh Tonton Di Disney+ Hotstar