EH! bongkar fakta menarik tentang kopi yang jarang diperkatakan.
Di sebalik popularitinya, masih ramai yang tidak tahu betapa unik dan luar biasanya dunia kopi.
Bagi sesetengah orang, ia satu bentuk ketagihan yang sangat dinanti-nantikan. Baunya sahaja sudah cukup untuk membangkitkan mood dan rasa pahit-manisnya membawa ketenangan yang sukar diganti.
Fakta kopi yang mungkin buat anda angkat kening, tersenyum sendiri…
1. Perkataan ‘kopi’ berasal dari ‘qahwa’
Istilah Arab “qahwa” pada asalnya bermaksud wain dan kemudian digunakan untuk menggambarkan kopi kerana ia memberi ‘kesan menggembirakan’ yang hampir serupa.
2. Boleh menyebabkan ketagihan ringan
Simptom seperti sakit kepala, keletihan dan perubahan mood boleh berlaku jika seseorang tiba-tiba berhenti ambil kopi selepas biasa minum setiap hari.
3. Kopi paling popular
Terdapat lebih 100 jenis kopi, tapi dua ini yang paling popular iaitu arabica (lebih halus, beraroma) dan Robusta (lebih kuat, pahit dan tinggi kafein).
4. Minuman kopi paling mahal di dunia?
Semestinya kopi Luwak dari Indonesia kerana ia dihasilkan melalui proses pencernaan biji kopi oleh musang kelapa. Harganya boleh mencecah ratusan ringgit secawan!
5. Membantu pencernaan
Secawan kopi hitam selepas dminum boleh merangsang pengeluaran asid perut dan enzim pencernaan sekali gus membantu proses penghadaman berjalan lebih lancar!