Pernah tak anda pegang squishy dan terus rasa susah nak lepaskan?
Tekan sekali, tekan dua kali… tahu-tahu squishy dah jadi terapi diri! Mainan lembut yang comel ini bukan sekadar hiasan meja atau teman menghilangkan bosan, malah ada banyak cerita menarik di sebaliknya.
Walaupun nampak ringkas, dunia squishy sebenarnya penuh kejutan yang ramai orang tak pernah ambil tahu.

Dahulu berbentuk roti gebu, buah-buahan berwarna-warni dan kini, karakter comel yang buat hati cair, squishy berjaya mencuri perhatian kanak-kanak dan orang dewasa.
Ada yang kumpul sebagai hobi, ada yang guna untuk hilangkan stres, dan ada juga yang sanggup memburu edisi terhad seperti koleksi eksklusif!
Jadi, sebelum anda tekan squishy di tangan sekali lagi, jom baca 5 fakta menarik tentang squishy yang ramai tak tahu.

1. Squishy berasal daripada trend Jepun
Perkataan “squishy” mula popular melalui budaya kawaii (comel) Jepun. Kebanyakan squishy pada awalnya dihasilkan dalam bentuk makanan seperti roti, kek, donut dan buah-buahan kerana masyarakat Jepun sangat mahir dalam menghasilkan seni miniatur yang penuh dengan perincian.

2. Squishy boleh mencecah harga ribuan ringgit
Harga asal kebanyakan squishy Jepun seperti iBloom atau Puni Maru biasanya hanya sekitar puluhan ringgit. Namun, untuk versi limited edition, discontinued atau model yang sukar ditemui, harganya boleh meningkat dengan sangat tinggi dalam pasaran pengumpul (collector).
Ada squishy rare yang pernah dijual semula sehingga mencecah ratusan dolar (lebih RM3,000), bergantung kepada tahap kelangkaan dan permintaan peminat. Antara yang paling menjadi buruan ialah koleksi lama daripada jenama seperti iBloom dan Puni Maru, terutama model yang sudah tidak lagi dikeluarkan.

3. Squishy boleh membantu fokus dan menenangkan fikiran
Walaupun nampak seperti sekadar mainan comel, aktiviti memicit squishy yang lembut sebenarnya boleh memberikan rangsangan deria (sensory stimulation) yang membantu sesetengah individu berasa lebih tenang.
Ramai menggunakannya ketika bekerja, belajar atau ketika berdepan tekanan ringan kerana pergerakan berulang ketika memicit boleh memberikan rasa relaks dan membantu meningkatkan fokus.

4. Squishy “slow rising” adalah yang paling digilai
Antara jenis squishy yang paling popular ialah slow rising squishy iaitu squishy yang kembali kepada bentuk asal secara perlahan-lahan selepas dipicit.
Lebih lama masa yang diperlukan untuk kembali ke bentuk asal, lebih tinggi kepuasan ketika bermain dan nilai koleksinya. Sensasi “lambat naik semula” inilah yang membuatkan ramai peminat ketagih mengumpul pelbagai jenis squishy.

5. Ada komuniti “squishy collector” di seluruh dunia
Peminat squishy bukan sahaja membeli untuk bermain, malah ramai yang menjadi squishy collector dengan koleksi yang sangat bernilai. Mereka berkongsi koleksi, membuat video unboxing dan mencari model rare melalui platform seperti YouTube dan TikTok.
Ada pengumpul yang sanggup membayar ratusan hingga ribuan ringgit untuk satu squishy kecil kerana ia merupakan keluaran one-time release yang mungkin tidak akan dihasilkan semula. Bagi mereka, setiap squishy mempunyai cerita dan keunikan tersendiri.
