Oleh: Farhana Fuad
Gambar: ingimage.com
Habit seperti berikut mungkin anda sendiri tidak perasan bahawa anda sendiri melakukannya.Sebenarnya ia baik buat kesihatan anda tanpa anda sedari. Jom ketahui lima habit ini!
1.Pastikan anda rendam uncang teh selama lima minit
Sebenarnya ada baiknya jika anda merendam uncang teh lebih lama dan biar ia larut sebati dengan air. Ini kerana kandungan teh boleh mengurangkan risiko serangan jantung, kanser, diabetes dan penyakit Parkinson.
2. Hembus keluar lendir dengan sebelah bahagian liang pernafasan hidung
Menghembus hidung anda dengan kuat dan menggunakan kedua-dua belah liang hidung boleh membuatkan kecederaan pada dinding dalam hidung anda dan mengakibatkan lendir masuk ke bahagian sinus, yang mana ia boleh meningkatkan lagi infeksi pada tubuh. Secara lembut hembus lendir dari hidung dengan menggunakan satu bahagian liang sahaja pada satu masa.
3. Senam sebelum atau setelah mendapatkan vaksin selesema
Vaksin selesema sebenarnya adalah baik untuk mengelakkan virus tetapi hanya 50 hingga 70 peratus sahaja yang berkesan menurut kajian. Tahukah anda bahawa adalah lebih baik jika anda bersenam sebelum atau selepas mendapatkan suntikan vaksin selesema kerana ianya boleh menguatkan lagi daya tahan tubuh badan.
4. Flos gigi anda selepas memberus gigi
Pastikan anda memberus gigi anda terlebih dahulu sebelum anda menggunakan flos kerana ianya untuk membersihkan celah-celah gigi. Tips baik adalah guna flos dengan membuat bentuk C ketika menggunakannya pada celah gigi dan dengan gerakan lembut ke atas dan ke bawah.
5. Jika anda gemar mengambil protein, pastikan mengambilnya pada sarapan pagi
Masa yang sesuai untuk mengambil protein adalah pada waktu pagi kerana ia boleh mengelakkan ketagihan atau mudah lapar.