Siap berkongsi resepi bersama pengikut di media sosial Ramadan Ini, Khairul Aming bukti bahawa masakan bukan sekadar tentang rasa, tetapi kreativiti dan inovasi dalam menyajikan hidangan.
Khairul Aming bukanlah nama yang asing di kalangan pencinta masakan di Malaysia. Dikenali sebagai seorang pempengaruh digital yang rajin berkongsi resepi masakan yang kreatif dan lazat, yang telah mencipta beberapa hidangan yang menjadi kegemaran ramai.
Popularitinya melonjak dengan ketara apabila dia membuat kolabrasi video alih suara bersama beberapa selebriti terkenal di Malaysia antarnya, Faizal Tahir dan Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Kolabrasi tersebut tidak hanya memperkukuhkan reputasi Khairul Aming, tetapi juga memberi inspirasi kepada pengikutnya untuk mencuba resepi-resepi yang unik dan memikat selera.
Tujuh Hidangan Viral Khairul Aming Yang Anda Patut Cuba Bulan Ramadan Ini:
1. Daging Dendeng
Hidangan dendeng Khairul Aming menjadi viral sebaik sahaja dia melancarkan produk terbaharunya iaitu dendeng berapi. Sesuai dimakan ketika berbuka dan sahur, di mana rasa pedas yang unik memberi pengalaman berbeza kepada penggemarnya.
Dengan tekstur yang lembut namun berempah, dendeng menjadi pilihan utama untuk menyedapkan lagi hidangan berbuka puasa anda. Ia juga boleh dimakan bersama roti ketika waktu sahur, memberikan tenaga yang cukup untuk memulakan ibadah puasa dengan bertenaga.
Lihat resepi di sini: https://www.instagram.com/khairulaming/reel/CrC60MkgBdE/?hl=en
2. Telur Dadar Pad Kra Pao
Antara resepi terawal yang dikongsinya pada bulan puasa tahun ini adalah telur dadar pad kra pao. Hidangan ini sesuai untuk mereka yang inginkan menu yang ringkas namun memuaskan. Dengan kombinasi telur dadar yang lembut dan rasa pad kra pao yang kaya dengan rempah, hidangan ini pasti menggugah selera di waktu berbuka.
Resepi ini juga mudah untuk disediakan, menjadikannya pilihan yang praktikal bagi mereka yang ingin menyediakan hidangan yang lazat namun tidak memerlukan masa yang lama. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba telur dadar pad kra pao Khairul Aming yang pastinya akan memuaskan selera anda di bulan Ramadan ini!
Lihat resepi di sini: https://www.instagram.com/reel/C4X21ukPruc/
3. Burger Ala Prosperity
Bagi yang ingin mencuba hidangan ala barat, anda boleh mencuba resepi burger ala prosperity ini. Caranya mudah dan ringkas, sesuai untuk mereka yang tidak ingin mengambil nasi ketika sahur.
Dengan kombinasi daging burger yang lembut, sayur-sayuran segar, dan sos istimewa ala prosperity, hidangan ini pasti memberikan rasa yang memuaskan. Anda juga boleh menambahkan keju atau telur sebagai pelengkap bagi menambah keenakan hidangan ini.
Lihat resepi di sini: https://www.instagram.com/khairulaming/reel/C0ifyaHvff7/?hl=en
4. Agar-agar Buah
Satu hidangan yang cukup viral dimana ramai mencubanya dan sebahagian besar dari mereka gagal. Tetapi hal ini menjadikan resepi agar-agar buah ini menarik untuk dicuba kerana bahan-bahannya mudah didapati.
Dengan kombinasi buah-buahan segar yang dicampurkan ke dalam agar-agar yang lembut, hidangan ini sesuai sebagai pencuci mulut yang ringan dan menyegarkan selepas berbuka puasa. Ia juga boleh dihidangkan ketika sahur, memberikan tenaga yang mencukupi untuk memulakan hari dengan baik.
Lihat resepi di sini: https://www.instagram.com/khairulaming/reel/CqPVczQgN4z/
5. Creamy Sagu Mangga
Setelah seharian berpuasa, tekak pasti inginkan sesuatu yang sejuk dan melegakan. Resepi creamy sagu mangga dari Khairul Aming ini pasti dapat membuatkan anda merasai kepuasan yang tiada tandingannya.
Dengan kombinasi sagu yang lembut dan mangga yang manis, dicampur dengan santan yang kaya dan creamy, hidangan ini pasti menjadi pilihan yang sempurna untuk melengkapkan hidangan berbuka puasa anda.
Lihat resepi di sini: https://www.instagram.com/khairulaming/reel/Cqe0P3uAa2J/
Artikel Berkaitan: Kebaikan ‘Golden Milk’ Dan Resipi Membuatnya Di Rumah!