2.KLCC Park
Jika anda mencari tempat perkelahan yang ala-ala di tengah bandar, KLCC Park merupakan antara pilihan yang terbaik!
Dibayangi oleh Menara Berkembar Petronas yang ikonik sebagai pemandangan, taman ini juga berlandskapkan tumbuhan asli dengan pemandangan Tasik Simfoni yang menyajikan ketenangan. Jangan risau jika anda pergi berkelah bersama kanak-kanak, kerana di KLCC Park ini juga, turut menyediakan kelengkapan taman permainan dan kemudahan kolam renang awam. Tetapi, ingat! Jangan lupa untuk membawa pakaian ganti yang baru!