3.Perdana Botanical Garden
Perdana Botanical Garden atau Taman Botani Perdana ini dahulunya, dikenali sebagai Taman Tasik Perdana. Merupakan sebahagian daripada paru-paru hijau bandar, taman ini terletak di kota megah Kuala Lumpur. Namun, apa yang lebih menarik lagi, taman rekreasi ini merupakan rumah kepada beberapa taman yang lain, seperti, Taman Bunga Raya, Herbarium, Taman Tenggelam dan pelbagai lagi. Jadi, jika anda memilih Perdana Botanical Garden sebagai lokasi pilihan anda, bersiap sedia untuk menjelajah kesemua taman-taman tersebut.
Di Taman Botani Perdana ini, bukan sahaja mempunyai koleksi-koleksi tumbuhan botani sahaja, tetapi juga terdapat ciri-ciri rumah yang memberikan suasana seperti berada di dalam hutan hujan tropika. Pasti ada tidak akan sedar, bahawa anda sebenarnya berada di tengah-tengah kota metropolis yang sibuk!