4.Bukit Antarabangsa
Bukit Antarabangsa, atau mungkin anda lebih terbiasa dengan gelaran Bukit Antarabangsa Sunset View ini, terletak di Ampang Jaya, Selangor. Sesuai bagi anda yang suka untuk menikmati keindahan matahari tenggelam, tempat ini adalah salah satu cara untuk escape dan healing dari kesibukan ibu kota.
Jika anda juga suka dengan sukan berbasikal, kawasan ini mungkin menjadi pilihan terbaik buat anda. Ini kerana, keadaan jalannya yang agak berbukit yang pasti memberikan sedikit cabaran dan keseronokan dalam bersukan. Selain itu, tempat beriadah dan berkelah yang semakin terkenal ini juga memberikan pandangan panoramik Bandaraya Kuala Lumpur! Berlatarbelakangkan keindahan pemandangan matahari tenggelam dan bandar megah Kuala Lumpur, pasti anda akan dapat puluhan gambar yang menarik dan Instagrammable!