Mengelak lebih baik dari menyembuh.Elak penyakit kanser payudara sebelum terlambat dengan mengamalkan memakan lima jenis makanan ini.
Boleh dikatakan bahawa kes wanita yang mengidap penyakit kanser payudara semakin meningkat pada masa kini. Tidak dinafikan jika penyakit kanser payudara merupakan penyakit turun temurun dalam genetik keluarga, tetapi usaha kita untuk mengelakkannya juga perlu agar risiko untuk terkena penyakit kanser payudara berkurang.
Kini penyakit kanser payudara juga tidak mengenal usia. Bahkan perempuan seawal 20an juga sudah ada yang didiagnos dengan penyakit kanser payudara apabila ia bermula hanya dengan ketulan atau benjolan kecil di bahagian payudara yang dipanggil cyst atau fibroid.
Salah satu faktor yang memainkan peranan dalam mengelakkan risiko penyakit kanser payudara adalah pemakanan. Cara pemakanan haruslah dititik beratkan agar diri sentiasa mengambil makanan yang sihat untuk menjamin kesihatan yang baik berpanjangan.
Ketahui lima jenis makanan yang membantu dalam mengelak penyakit kanser payudara bagi perempuan.