Januari ini, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke kafe-kafe baharu yang bukan sahaja menyajikan hidangan menarik, malah menawarkan spot fotogenik yang sempurna untuk feed Instagram anda. Dari secawan kopi berkualiti hingga pencuci mulut yang memikat, setiap sudut direka untuk memanjakan deria dan memberi pengalaman yang unik setiap kali anda berkunjung.
Awal tahun ini, suasana kafe di Lembah Klang kembali meriah dengan pembukaan tempat-tempat baharu yang menjanjikan pengalaman makan unik. Dari dekorasi yang kreatif hingga konsep yang penuh idea segar, setiap kafe membawa daya tarikan tersendiri yang membuatkan anda ingin kembali lagi dan lagi. Setiap lokasi menawarkan vibe berbeza untuk sesi melepak bersama rakan atau sekadar untuk melepaskan penat selepas seharian bekerja.
EH! senaraikan lima kafe baru yang wajib dikunjungi untuk memulakan tahun dengan menjelajah hidangan kreatif dan merakam momen aesthetic yang sempurna untuk feed Instagram anda.
1. ADOUGH Atelier
Terletak di Sri Hartamas, ADOUGH Atelier adalah sanctuary baharu untuk pencinta sourdough, mempamerkan seni bakeri yang sempurna dengan aroma fermentasi yang memikat. Dari roti sourdough klasik hingga viennoiserie yang menggoda, setiap sajian dijamin memuaskan deria anda. Kafe bertema Eropah ini juga menampilkan sourdough dalam pelbagai bentuk kreatif dari pasta sourdough, gelato sourdough, hingga hidangan panas dengan elemen roti yang unik.
Alamat: 24, Jalan Sri Hartamas 8, Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Rabu–Isnin, 7:30am–4:30pm (Tutup Selasa)

2. Ari X Gato Tea & Dining Bar
Alamat: Ground Floor, The Club@ Empire Residence, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya
Waktu Operasi: Selasa–Ahad, 8am–1am (Tutup Isnin)

3. S7 Coffee Shop
Alamat: 7, Jalan USJ 11/1j, USJ 11, 47620 Subang Jaya
Waktu Operasi: Rabu–Isnin, 8am–11pm (Tutup Selasa)

4. Lorong
Lorong di Happy Garden adalah ruang sempurna untuk sarapan hujung minggu atau rehat tengah hari. Nikmati yaki udon, beef hambagu dengan yuzu kosho, atau honey-marinated salmon ochazuke sambil menikmati kopi pilihan anda. Kafe ini hasil kolaborasi Nost Coffee dan Ophanim Coffee Roasters, menekankan keselesaan dan kehangatan ala rumah sendiri.
Alamat: 1793, No. 5, Medan Ramah, Taman Gembira, 58200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Khamis–Selasa, 9am–5pm (Tutup Rabu)

5. Floffee
Kalau anda sukakan suasana tenang sambil menikmati kopi, Floffee di Paramount Garden adalah destinasi wajib. Gabungan kafe dan florist ini menyajikan kopi istimewa dengan sentuhan floral, FAFA Matcha dan FAFA Dirty dengan aroma jasmine dan osmanthus yang menyegarkan. Suasana cozy dan wangi bunga membuatkan setiap kunjungan lebih santai dan Instagrammable.
Alamat: 37, Jalan 20/7, Taman Paramount, 46300 Petaling Jaya
Waktu Operasi: Setiap hari 8am–6pm

Artikel Berkaitan: EHxperience: Ramen Minamo, Ramen Halal Tokyo Yang Autentik
