1. The Coffee Dock
Menonjol konsep yang sederhana dan santai, interior kafe ini dihiasi dengan sentuhan kayu dan tumbuh-tumbuhan hijau yang memberikan rasa nyaman dan damai. Pencahayaan serta muzik latar yang menenangkan menjadikan kafe ini ideal untuk menenangkan diri daripada hiruk-pikuk kehidupan seharian. Menampilkan pelbagai pilihan kopi yang disediakan dengan teliti oleh barista berpengalaman dari espresso hingga latte, setiap cawan kopi dibuat dengan penuh dedikasi.
@madyazhim 📍The Coffee Dock, Seksyen 8 Shah Alam. Tempat mengopi sambil healing dengan view tasik. #MYFoodie #MakanLokal #cafehopping #cafeshahalam #cafehunting
♬ Yang Lain Boleh Hilang Asal Kau Jangan – Live Acoustic & Choir Version – Mitty Zasia
Lokasi : Taman Wetland, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor
Operasi: Isnin – Ahad (17.00 petang – 23.00 malam) *Rabu & Khamis tutup