Jika hujung minggu bagi anda adalah masa untuk slow down, isi perut dengan makanan sedap dan luangkan masa bersama tersayang, Cheras ada banyak kafe menarik yang boleh diterokai. Daripada kafe yang penuh dengan pilihan pastri dan pencuci mulut, hinggalah ke tempat yang sesuai untuk coffee date sampai late-night catch-up, semuanya ada dalam satu kawasan.
Jadi, kalau weekend mood anda kali ini adalah mahu keluar mencari kopi, menikmati brunch atau sekadar mencari sudut yang selesa untuk berbual panjang, apa kata masukkan lima kafe menarik di Cheras ini dalam next cafe-hopping list anda!
1. House of Wheat
Kalau anda jenis yang percaya bau roti yang baru keluar dari oven mampu mengubah mood dalam sekelip mata, House of Wheat mungkin bakal jadi new favourite spot. Kafe dan bakeri ini menawarkan pelbagai pilihan roti dan pastri seperti sourdough serta sweet & sour Danish. Antara yang boleh masuk dalam must-try list adalah house-cured gravlax seeded sourdough, sourdough sandwiches dan soy yuzu pasta.
Lokasi: Menara Mutiara Central, Jalan Desa Aman 1, Taman Desa Aman, Cheras.

2. Aki’s Kohi
Minimalis, tenang dan penuh dengan pilihan manis yang boleh buat sesi scrolling menu jadi lebih lama daripada biasa. Aki’s Kohi sesuai untuk anda yang mencari tempat untuk coffee date atau sekadar mahu menikmati hujung minggu dengan lebih santai. Antara yang mencuri perhatian termasuk sea salt chocolate brownie, strawberry custard Danish dan hojicha burnt cheesecake. Terdapat juga hidangan Jepun seperti udon.
Lokasi: D’Alamanda Pudu Ulu Impian IV, Jalan Pudu Impian, Cheras.

3. Yiludou Roastery
Buat peminat kopi, Yiludou Roastery boleh jadi satu lagi nama untuk dimasukkan dalam cafe-hopping list. Dengan fokus kepada kopi dan pengalaman roastery, kafe ini sesuai untuk mereka yang suka meluangkan masa menikmati secawan kopi sambil meneroka karakter dan rasa biji kopi yang berbeza. Kalau anda jenis yang boleh berbual panjang tentang coffee beans, roast profile dan cara penyediaan kopi, ini mungkin tempat yang lebih kena dengan selera.
Lokasi: Garage 29, Jalan Goh Boon Hong, Taman Taynton View, 56000 Kuala Lumpur.

4. Leaf Lohas
Kalau cafe-hopping anda biasanya berakhir dengan kopi, apa kata kali ini tukar haluan kepada teh pula. Leaf Lohas menawarkan pengalaman yang sedikit berbeza sebagai tea parlour yang lebih tenang, sesuai untuk anda yang mahu memperlahankan langkah sambil menikmati secawan teh dalam suasana yang lebih damai. Lebih menarik, sesi minum teh boleh ditemani pencuci mulut dan kek menjadikannya pilihan yang cukup manis untuk tea date atau sesi catch-up bersama kawan.
Lokasi: Cheras Perdana, 43200 Cheras, Selangor.

5. Four beans
Terkenal dengan pilihan soy beancurd atau douhua ala Taiwan, Four Beans menawarkan pelbagai kombinasi pencuci mulut yang boleh disesuaikan mengikut selera. Daripada Signature Soy Beancurd dan shaved ice hinggalah pilihan dengan taro, mango sago, peach gum dan pelbagai topping, memang susah untuk datang sekali sahaja dan terus tahu nak pilih apa. Paling sesuai untuk dessert date, after-meal treat atau sesi chill bersama kawan-kawan.
Lokasi: Cheras Traders Park, Jalan Dataran Cheras 7, Cheras.

Artikel Berkaitan: 7 Kafe Sekitar Damansara Yang Wajib Masuk List Hujung Minggu Anda
