The Exchange TRX kini nadi gaya hidup yang baharu, menjadi pusat sosial yang menawarkan pelbagai sektor hiburan di Kuala Lumpur terutamanya bagi pencinta makanan dari luar negara.
Sudah tentu, destinasi membeli-belah baharu The Exchange TRX telah menjadi rumah kepada beberapa makanan terbaik di dunia. TRX memperkenalkan pelbagai kafe dan restoran yang digemari ramai, dengan visi kolektif mereka untuk mengubah tempat tersebut menjadi pusat dengan citarasa yang baharu. The Exchange TRX menyusun pelbagai destinasi santapan, menawarkan lima kawasan makan yang pelbagai, dengan rangkaian lebih 100 kedai makan yang menarik untuk anda pilih dengan dari sajian citarasa antarabangsa dan Asia.
Intai 5 Kafe Menarik Di The Exchange TRX, Kuala Lumpur;
1. Kitsuné Cafe
Kafe Kitsuné, merupakan cetusan idea dari jenama Perancis-Jepun Maison Kitsuné, merangkumi dunia fesyen, muzik dan seni. Walau bagaimanapun, kafe mereka semakin popular di negara luar seperti Paris, Tokyo, New York dan London. Kini, mereka menghiasi Malaysia dengan kedai sulung mereka, di Asia Tenggara yang merangkumi cawangan di Bangkok, Singapura dan Manila. Maskot musang ikonik dari Maison Kitsuné, yang sering terlihat dalam koleksi pakaian mereka, juga menjadi bintang khas, menambahkan sentuhan yang menarik pada kafe mereka.
2. Bacha Coffee
Bacha Coffee, yang telah mencipta ombak dalam senario kopi, telah menakluki Singapura dengan kedai-kedai mereka di ION Orchard, Takashimaya, The Shoppes di Marina Bay Sands, dan penambahan terbaru mereka di KLCC. Kini, mereka bersedia untuk mencetuskan ribut di Malaysia dengan usaha kedua mereka, yang terletak di The Exchange TRX. Menawarkan kopi yang diperoleh dari pelbagai kawasan, merangkumi dari tengah-tengah Afrika hingga ke Indonesia, menu Bacha Coffee menawarkan sebuah perjalanan aromatik global dalam setiap cawan.
3. Tipsy Flamingo
Tipsy Collective, yang berasal dari Singapura, kini membawa semarak tropika ke Malaysia dengan pembukaan Tipsy Flamingo di The Exchange TRX. Menciptakan oasis tropika yang memikat, Tipsy Flamingo menawarkan pengalaman unik yang mencerminkan lokasi-lokasi serupa di Singapura. Bayangkan memasuki ruang dengan nuansa merah jambu, dikelilingi tempat duduk bergaya kabana yang selesa, Tipsy Flamingo menjanjikan hidangan yang menarik seperti, Ebi Katsu Sando, sandwich udang yang lazat, mala karaage yang pedas menyengat dan lobster & crabmeat roll yang menggoda selera, menjanjikan pengalaman makan yang tak terlupakan.
4. Kenny Hills Bakers
Kenny Hills Bakers menyajikan kopi segar, kek, dan roti organik. Diasaskan oleh, Au Tai Hon, yang mempunyai kerjaya dalam membuat iklan dan filem TV, tetapi kecintaan terhadap roti membawanya kepada usaha F&B sejak 2014. Bermula dari lokasi awal yang sederhana di Bukit Tunku, kedai ini telah berkembang merangkumi beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor. Terbaru, Kenny Hills Bakers membuka cawangan di The Exchange TRX, di mana kedai roti dan kafenya menyediakan kopi berkualiti tinggi bersama aneka roti dan pastri segar dari oven, serta pelbagai hidangan lazat yang pasti memikat hati peminat kuih-muih.
5. Mil Toast House
Memulakan pelayaran sulungnya di luar Seoul, Mil Toast House membuat penampilan sulungnya di The Exchange TRX, selari dengan pembukaan besar pusat beli-belah tersebut. Kedai roti Korea ini, yang terkenal dengan pastri lazatnya, menawarkan roti bakar soufflé dan roti kukus brioche yang lembut sebagai hidangan utama. Setiap roti bakar, yang direndam dalam mandian campuran telur dan susu yang, digoreng hingga keemasan sempurna. Mil Toast House bukan sahaja memuaskan selera anda, tetapi juga memukau mata dengan dekorasinya yang menghormati hanok tradisional Korea, mencerminkan estetika kedai asal mereka di Korea.
Artikel Berkaitan: 9 Kafe Kucing Menarik Harus Anda Kunjungi