Trend Y2K bukan hanya terhenti pada fesyen dan makeup, malah turut membawa kembali kegilaan terhadap kamera digital.
Dalam era di mana trend retro dan Y2K kembali menjadi kegilaan, kamera digital turut muncul semula sebagai aksesori yang melengkapkan estetik tersebut. Daripada mirror selfie hingga gambar candid, hasil foto grainy dan tidak sempurna membuatkan ramai Gen Z jatuh cinta kamera digital.
Bukan kerana spesifikasinya yang canggih, tetapi kerana vibe yang diberikan. Sesuatu tentang flash yang terang, warna yang sedikit washed out dan kualiti gambar ala tahun 2000-an, membuatkan setiap foto terasa lebih nostalgic.
Kodak Charmera

Memandangkan blind box kini menjadi obsession ramai anak muda, tidak hairanlah Kodak Charmera Keychain muncul sebagai antara kamera digital paling popular dalam kalangan Gen Z.
Lebih menarik, kamera kecil ini bukan sekadar comel untuk dijadikan aksesori. Hasil gambarnya juga cukup memuaskan dengan vibe retro dan lo-fi yang menjadi kegemaran ramai.
Walaupun bersaiz sekecil keychain, kamera ini masih mampu menyimpan ratusan gambar menggunakan kad SD dan boleh dicas semula dengan mudah menggunakan USB-C. Praktikal, comel dan sesuai dibawa ke mana-mana.
Paper Shoot Camera

Di saat ramai kembali mengejar estetik filem, kamera ini menjadi antara pilihan paling popular dalam kalangan Gen Z. Rekaannya yang nipis seperti sekeping kad membuatkannya terus mencuri perhatian berbanding kamera digital biasa.
Namun, tarikan utamanya bukan hanya pada rupa. Paper Shoot terkenal dengan hasil gambar yang mempunyai vibe vintage dan nostalgic seakan-akan kamera filem, tanpa perlu menunggu proses mencuci gambar.
Lebih menarik, kamera ini tidak mempunyai skrin LCD, menjadikan pengalaman mengambil gambar terasa lebih intentional. Selain itu, casingnya juga boleh ditukar mengikut citarasa, menjadikannya seperti aksesori fesyen yang boleh dipersonalisasi.
DJI Osmo Pocket

Bagi mereka yang gemar merakam vlog, travel content atau concert fancam, DJI Osmo Pocket merupakan pilihan terbaik. Saiznya yang kecil dan boleh dimasukkan ke dalam poket, mudah dibawa ke mana-mana.
Yang membuatkan ramai obses dengannya ialah rakaman video yang kekal stabil walaupun ketika berjalan atau bergerak. Hasil videonya yang smooth dan kemas memberi vibe seperti rakaman profesional.
DJI Osmo Pocket turut dilengkapi dengan fungsi tracking pintar yang mampu mengikuti subjek secara automatik. Ditambah dengan rakaman sehingga 4K dan skrin yang boleh ditukar untuk format menegak.
Fujifilm Instax Mini LiPlay

Bagi mereka yang gemar menyimpan kenangan dalam bentuk fizikal, Fujifilm Instax Mini LiPlay menawarkan pengalaman yang sedikit berbeza. Kamera ini membolehkan pemilihan gambar dan pencetakan gambar, sama seperti konsep polaroid tapi versi upgrade.
Boleh juga digunakan untuk mencetak gambar terus daripada telefon pintar. Ditambah dengan pelbagai filter, bingkai menarik dan fungsi rakaman audio yang boleh diakses melalui kod QR pada gambar, LiPlay menjadikan setiap foto lebih peribadi dan istimewa.
Sony Cyber-shot

Satu kamera yang benar-benar sinonim dengan trend Y2K, semestinya Sony Cyber-shot. Kembali menjadi buruan Gen Z kerana hasil gambarnya yang grainy, flash yang terang sukar ditiru oleh kamera telefon pintar.
Sony Cyber-shot terus relevan kerana gabungan saiznya yang kecil dan kualiti gambar yang masih memuaskan. Daripada mirror selfie hinggalah concert fancam, kamera ini sering menjadi pilihan mereka yang mahukan estetik awal 2000-an yang autentik.
Selain mudah dibawa ke mana-mana, Sony Cyber-shot terkenal dengan zoom yang baik dan penggunaan yang ringkas.
