Sejak kebelakangan ini, aktiviti larian nampaknya semakin “in”. Boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu ada saja yang baru mula berjinak dengan running sama ada betul-betul mahu mulakan hidup yang lebih sihat, atau sekadar ikut trend semata, larian tetap cara paling mudah untuk kekal aktif. Tak perlu gim mahal, tak perlu peralatan kompleks cukup dengan sedikit motivasi dan sepasang kasut yang selesa.
Selain membantu meningkatkan tahap kecergasan, larian juga baik untuk kesihatan jantung, stamina dan yang paling penting, jadi terapi percuma untuk reset kepala selepas hari yang panjang. Tapi bila anda dah mula serius nakjadikan hobi, satu perkara yang jangan dibuat main adalah kasut anda. Kaki akan menjadi main character sepanjang journey ini dan kalau salah pilih, boleh cedera.
Sebelum anda terus add to cart kasut cantik, EH! kongsikan dulu beberapa tip dan pilihan yang sesuai untuk anda supaya pembelian anda tidak berakhir dengan penyesalan senyap di rak kasut.
Tip Memilih Kasut Larian
Ada ruang di depan kasut
Pastikan ruang kira-kira satu jari di bahagian hadapan. Ini penting kerana kaki akan sedikit mengembang ketika berlari dan ya, ini bukan mitos tetapi perkara normal yang sering tidak disedari oleh pelari baharu.
Jangan tertipu dengan design semata-mata
Reka bentuk yang cantik memang menarik perhatian, tetapi keselesaan tetap keutamaan. Kasut yang tidak sesuai boleh membuatkan larian terasa jauh lebih mencabar daripada sepatutnya.
Fokus pada keselesaan
Setiap individu mempunyai bentuk kaki yang berbeza. Oleh itu, kasut yang sesuai untuk orang lain tidak semestinya sesuai untuk anda. Utamakan rasa selesa ketika dipakai, bukan sekadar trend. Kasut terbaik adalah kasut yang membuatkan anda bersemangat untuk keluar berlari semula keesokan harinya, bukan yang membuatkan anda serik selepas kali pertama memakainya.
Kalau ada kasut yang boleh dikira all-rounder, ini dia Nike Pegasus 42 sejenis kasut yang selamat untuk hampir semua pelari baharu. Siri Pegasus ini sering menjadi pilihan ramai, ia selesa, ringan dan cukup responsif. Tak terlalu keras, tak terlalu lembik. Sesuai untuk jogging santai, treadmill atau larian 5KM pertama anda.

Kalau anda mahukan maximum comfort, ini adalah jawapannya. Gel-Nimbus 27 cukup terkenal dengan kusyen yang sangat lembut dan antara model paling popular dalam kalangan pelari. Kasut ini sesuai untuk beginner yang masih adapt dengan impact larian, terutama kalau lutut masih dalam fasa kenal dunia baru.

HOKA adalah kategori kasut yang selalu di pandang pelik sampai anda mencubanya sendiri. Clifton 10 menawarkan kusyen tebal tetapi ringan, jadi larian rasa lebih smooth. Untuk pelari baharu, ini pilihan yang buat anda rasa lari tak semestinya kaki perlu sakit. Walaupun mempunyai tapak yang lebih tebal berbanding kasut larian biasa, ia tetap memberikan rasa stabil dan responsif ketika digunakan.

4. ON Cloudrunner 3
ON Cloudrunner 3 merupakan antara model paling mesra untuk pelari baharu. Ia direka dengan sokongan tambahan dan kusyen yang stabil bagi membantu memberikan pengalaman larian yang lebih selesa seperti berlari di atas awan. Model ini sesuai untuk mereka yang masih mencari rentak larian sendiri. ON sendiri mengkategorikannya sebagai kasut untuk everyday running dan stable ride.

5. Adidas Supernova
Supernova adalah pilihan yang lebih seimbang. Tak terlalu soft dan tak terlalu firm, cukup stabil untuk larian harian. Design kasut ini juga agak moden dan versatil, jadi kalau selepas habis larian terus pergi brunch pun masih nampak on point. Jika anda mencari kasut yang boleh digunakan untuk berjalan dan berlari, model ini antara pilihan terbaik.

Artikel Berkaitan: Fesyen Selebriti di FIFA Piala Dunia 2026
