Buah yang dahulu hanya dikenali sebagai sampingan salad kini popular – tampil dalam bentuk minuman yang berlemak, segar dan memikat, memberi pengalaman gastronomi yang memanjakan deria.
Jus avocado kini semakin popular, bukan sahaja kerana rasanya yang lemak manis dan menyegarkan, tetapi juga kerana mendapat tontonan tinggi dek video muat naik selebriti, usahawan dan pencipta kandungan TikTok.
Mencuri tumpuan ialah @razzuanrosli, yang petah berbual dalam bahasa Mandarin bersama pelanggan sambil memperkenalkan minuman avocado ini.
Berdasarkan rujukan Berita Harian 2019, temu bual bersama pakar pemakanan dan penasihat kesihatan, Alexandra Prabaharan, berkata avokado bukan saja mempunyai cita rasa unggul tetapi teknik penanaman yang selamat serta berkualiti tinggi.

Gaya hidup sihat, amalkan minuman avocado untuk kesihatan harian.
Kulit cantik
Selain kesihatan, avokado juga baik untuk rawatan kulit. Kandungan vitamin E dan C dalam avokado juga berupaya menyuburkan kulit sekali gus kelihatan segar dan bersinar.
Khasiat itu menjadikan minyaknya sebagai ramuan utama untuk produk kosmetik pilihan.
Meningkatkan kesihatan jantung
Avocado kaya dengan lemak sihat seperti lemak tak tepu (monounsaturated fats) yang dapat membantu menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL), sekaligus menyokong fungsi jantung yang lebih sihat.
Membantu pencernaan
Susah membuang air besar? Ini solusinya, mengandungi kandungan serat tinggi, membantu melancarkan proses pencernaan, mencegah sembelit dan mengekalkan kesihatan usus.
Menyokong kesihatan mata
Avocado mengandungi lutein dan zeaxanthin, dua nutrien penting yang menyokong kesihatan mata dan dapat mengurangkan risiko degenerasi makula dan masalah penglihatan berkaitan usia.
Membantu kawalan berat badan
Walaupun sebiji avokado mengandungi kira-kira 30 gram lemak, tidak menghalang buah ini sebagai rejim menguruskan badan.
Lemak sihat dan serat dalam avocado memberi rasa kenyang lebih lama, membantu mengawal selera makan dan menyokong program pengurusan berat badan secara semula jadi.
