1. Pemeriksaan Air Kencing
Banyak yang boleh anda ketahui dari air kencing selain daripada pemeriksaan kehamilan atau jangkitan pada saluran kencing. Menurut Nancy Guberty, pakar pemakanan dan jurulatih gaya hidup sihat yang diperakui, terdapat lebih tujuh puluh petanda dalam air kencing yang boleh menentukan keadaan kesihatan badan anda. Sebagai contoh, “pengumpulan asid organik tertentu di dalam air kencing ialah isyarat perencatan metabolik atau blok,” kata Guberti. Bermakna badan anda kekurangan vitamin.
2. Gigi
Ramai yang tidak peka tentang pemeriksaan gigi. Perlu tahu, sebarang masalah gigi mempunyai hubung kait dengan hati, jantung, sistem pencernaan dan beberapa lagi bahagian di badan. Pemeriksaan gigi perlu dilakukan setiap enam bulan sekali.
Gambar: abcnews.go.com
3. Kulit
Berjemur di bawah matahari ketika di pantai boleh merosakkan kulit hasil pancaran matahari. Dapatkan pemeriksaan pakar jika terdapat sebarang tanda seperti bintik hitam pada kulit.
4. Berat Badan
Jangan ambil mudah jika berat badan anda cepat naik atau turun kerana ia memberi isyarat tentang keadaan kesihatan anda kata Dr Julie Chen, doktor pakar kesihatan. Jika anda mengalami kekurangan berat badan yang banyak, anda mungkin menghidapi kanser, hipertiroidisme, penyakit auto imun, penyakit kronik, dan kemurungan.
5. Meja Kerja
Jika keadaan meja kerja kamu bersepah dan berhabuk, ia juga boleh menyumbang kepada masalah kesihatan. Bersihkan meja kamu seminggu sekali. Habuk yang tidak dibersihkan boleh menyebabkan sakit kepala, kesesakan, asma, atau alahan.