1. Hilton Kuala Lumpur
Temui citarasa Malaysia yang meriah dengan himpunan luas lebih daripada 300 resipi yang disajikan di Hilton Kuala Lumpur. Seleksi menu sebanyak 30 hidangan istimewa pilihan yang pasti memikat selera anda. Untuk pengalaman yang lagi mengasyikkan, stesen memasak akan langsung berinteraktif membolehkan anda menyaksikan penyediaan hidangan masakan kegemaran anda secara dekat dan peribadi. Raikan kegembiraan berbuka puasa anda dengan menikmati setiap gigitan yang lazat antaranya Udang Harimau Masak Sambal Nenas, Beef Rendang Minang Negeri Sembilan, Mee Bandung Short Ribs, Burger Leleh Marble 8, Serawa Pulut Durian dan banyak lagi.
Alamat: Citarasa Serantau, 3, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tarikh: 22 Mac 2023 hingga 21 April 2023
Harga: RM228 nett per (Dewasa) & RM114 nett per (Kanak-kanak)