2. Quan’s Kitchen, Four Points, Sheraton Kuala Lumpur
Keistimewaan air tangan oleh Chef Selebriti, Naem Ramli bersama dengan pasukan kulinari terbaik Quan’s Kitchen bakal mencipta pengalaman makan berbuka puasa yang unik pada anda di bulan Suci ini. Mengetengahkan beberapa menu istimewa oleh Chef Naem seperti Ikan Botok Botok, Asam Rebus Daging Panggang, Udang Rendang Hijau, dan banyak lagi. Resepi yang dicipta bersama ini akan mencipta pengalaman berbuka puasa istimewa dan tidak dapat anda lupakan.
Alamat: Quan’s Bazar Selera, 2, Jalan Balai Polis, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tarikh: 23 Mac 2023 hingga 21 April 2023
Harga: RM148+ per pax & diskaun 20% untuk ahli kad kredit terpilih & ahli Club Marriott.