Daripada Dubai Chocolate sehinggalah Tanghulu, setiap tahun pasti ada pencuci mulut viral yang menjadi buruan pencinta makanan.
Kini, giliran Butter Tteok pula mencuri perhatian media sosial. Dengan tekstur rangup di bahagian luar, namun lembut dan kenyal di dalam, snek ini membuatkan ramai sanggup beratur panjang semata-mata untuk merasai keenakannya.
Jika anda masih belum mencuba Butter Tteok, ini masanya!

Berikut merupakan 5 lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang terkenal dengan Butter Tteok viral.
Apa Itu Butter Tteok?
Butter Tteok ialah pencuci mulut yang diinspirasikan daripada tteok, iaitu kek beras tradisional Korea yang telah menjadi sebahagian daripada budaya Korea selama beratus-ratus tahun. Namun, versi yang sedang tular hari ini bukanlah tteok tradisional.
Butter Tteok moden dihasilkan menggunakan tepung pulut, mentega, susu, telur dan gula sebelum dibakar sehingga keemasan.
Hasilnya ialah pencuci mulut dengan lapisan luar yang rangup dan sedikit karamel, manakala bahagian dalam kekal lembut, kenyal dan ‘chewy’, seakan gabungan mochi, butter cake dan canelé.

Cake Jalan Tiung Shah Alam
Cake Jalan Tiung merupakan antara nama yang paling hangat diperkatakan dalam dunia bakeri tempatan. Selepas popular dengan Shio Pan dan pelbagai pastri artisan, bakeri ini turut mencuri perhatian apabila memperkenalkan Butter Tteok yang sering habis dijual setiap hari. Butter Tteok di sini hadir dalam set tiga keping dengan bahagian luar yang rangup keemasan, sementara bahagian dalamnya kekal lembut, kenyal dan dipenuhi aroma mentega yang harum.
Selain Butter Tteok, antara menu yang wajib dicuba ialah Shio Pan (Japanese Salt Bread), croissant, sourdough, Danish pastry, burnt cheesecake serta pilihan kopi istimewa. Malah, kafe ini juga menawarkan hidangan brunch dan menu tempatan bermusim seperti nasi, ayam gepuk dan sup ekor.
Lokasi: 9, Jalan Sukun 4/7, Seksyen 4, 40000 Shah Alam, Selangor.

Mumu Cafe
MUMU Cafe menjadi antara lokasi baharu yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan pencinta pencuci mulut. Butter Tteok di sini dihasilkan segar setiap hari dengan tekstur luar yang sedikit garing dan bahagian dalam yang sangat chewy, sesuai dinikmati ketika masih suam bersama secawan kopi.
Selain Butter Tteok, pelanggan turut menggemari pilihan croffle, kek harian, matcha latte, kopi artisan dan pelbagai minuman berasaskan espresso. Suasana kafe yang minimalis dan moden juga menjadikannya lokasi popular untuk sesi cafe hopping serta OOTD.
Lokasi: 02-1, Pangsapuri Azalea, Persiaran Bukit Sungai Long 1, Bukit Sungai Long, Kajang, Selangor.

Mei Fat Spoon
Mei by Fat Spoon terkenal sebagai restoran moden yang menggabungkan cita rasa Asia dengan sentuhan kontemporari. Butter Tteok di sini disajikan dengan tekstur yang lebih lembut serta rasa mentega yang seimbang, menjadikannya pilihan sesuai untuk mereka yang kurang gemarkan pencuci mulut terlalu manis.
Selain Butter Tteok, menu popular mereka termasuk Fat Plates, Hot Rice Bowls, pasta, brunch, kek harian, dessert bermusim serta pelbagai pilihan kopi dan teh premium. Restoran ini juga sering menukar menu mengikut musim, menjadikan setiap kunjungan menawarkan pengalaman yang berbeza.
Lokasi : 22-G, Jalan 27/70A, Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur. (Turut mempunyai cawangan di The Hub SS2.)

Commoners Space
Commoners Space merupakan sebuah kafe bergaya industrial yang cukup popular dalam kalangan golongan muda. Butter Tteok di sini tampil dengan tekstur yang sedikit lebih padat, namun masih mengekalkan bahagian tengah yang kenyal dan buttery, sesuai dipadankan bersama kopi hitam atau latte.
Selain Butter Tteok, pelanggan sering memesan brunch platter, pasta, sandwich, soufflé pancake, matcha dessert serta pelbagai pilihan minuman kopi dan bukan kopi. Suasana kafe yang luas dan estetik menjadikannya lokasi pilihan untuk bekerja, mengadakan pertemuan atau sekadar bersantai bersama rakan-rakan.
Lokasi : Seksyen 13, 71, Jalan Snuker 13/28, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor

Provisions
The Provisions membawa kelainan dengan memperkenalkan Sourdough Butter Tteok, iaitu Butter Tteok yang menggunakan sourdough dalam penyediaannya. Hasilnya memberikan rasa sedikit masam (tangy) yang seimbang dengan aroma mentega yang kaya. Lebih menarik, ia dihidangkan bersama homemade kaya dip, menjadikan setiap gigitan lebih unik berbanding Butter Tteok biasa.
Selain Butter Tteok, The Provisions terkenal dengan artisan sourdough bread, Big Breakfast, pasta, sandwich, pastries, cinnamon roll, kek harian serta kopi specialty. Kafe ini juga menjadi pilihan ramai kerana suasananya yang tenang dan sesuai untuk menikmati sarapan atau brunch pada hujung minggu.
Lokasi : 49, Jalan SS22/23, Damansara Jaya, Petaling Jaya, Selangor.
Baca: Pop-Up dan Aktiviti yang Diadakan Sepanjang Julai 2026
