4. Tadom Hill Resort, Selangor
Penginapan ‘glamping’ berinspirasikan buluh, Tadom Hill Resorts berlokasi hanya 45 minit pemanduan dari Kuala Lumpur sahaja. Buat anda yang inginkan lasak dan rasa mewah dalam satu rasa, ini adalah lokasi yang sesuai buat anda dan keluarga mahupun rakan. Jika anda datang dalam kumpulan tujuh orang, anda boleh bermalam di Pondok Buluh tradisional yang mempunyai sehingga tujuh tilam lengkap dengan kanopi kelambu.
Lokasi: Bukit Tadom, Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor