Buat anda yang menganggap tahap pedas adalah satu cabaran, malatang mungkin bakal menjadi obsesi baharu anda. Hidangan popular dari Sichuan, China ini bukan sekadar semangkuk sup pedas biasa, daripada memilih sayur segar, mi, bebola hingga pilihan protein, semuanya boleh disesuaikan sebelum disatukan dalam kuah mala yang kaya dengan rempah, aroma dan sensasi pedas kebas daripada lada Sichuan.
Sejak kebelakangan ini, malatang semakin mendapat tempat dalam kalangan pencinta makanan pedas di Malaysia. Dengan konsep pilih dan timbang, setiap hidangan terasa lebih personal kerana anda bebas menentukan bahan mengikut selera sama ada mahu versi yang ringan dan comforting atau semangkuk penuh cabaran dengan tahap kepedasan yang membuatkan anda berpeluh setiap suapan.
Kini semakin banyak pilihan restoran yang menawarkan konsep malatang mesra Muslim dengan pilihan bahan yang lebih sesuai. Jadi, jika anda sudah lama ingin mencuba hidangan yang sering muncul di FYP ini, EH! senaraikan beberapa lokasi halal malatang yang boleh anda masukkan dalam food bucket list anda.
1. De Yuan Mala Hotpot
Terletak di Jaya One, De Yuan Mala Hotpot membawa pengalaman malatang gaya cina muslim dengan konsep pilih bahan sendiri sebelum dimasak mengikut tahap kepedasan pilihan anda. Dengan pilihan bahan yang pelbagai, anda boleh mencipta mangkuk malatang mengikut citarasa sendiri sama ada peminat kuah atau versi kering yang lebih pedas dan penuh rempah.
2. Mala Bistronome @ TTDI
3. Ma La Tang Halal Spicy Hot Pot
Terletak di kawasan Jalan Sultan, Kuala Lumpur, Ma La Tang Halal Spicy Hot Pot antara lokasi yang sering menjadi pilihan ramai yang ingin menikmati pengalaman malatang dengan konsep lebih autentik. Menariknya, lokasinya yang berada di sekitar kawasan Jalan Sultan menjadikannya pilihan ideal untuk sesi food hunting. Selepas menikmati semangkuk malatang panas yang penuh rasa, anda boleh terus meneroka pelbagai tarikan makanan di sekitar kawasan Chinatown Kuala Lumpur.
4. JK Malatang Spicy Hot Pot
Terletak di Petaling Street, Kuala Lumpur, JK Malatang Spicy Hot Pot antara lokasi yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan peminat malatang yang mencari pengalaman makan pedas dengan konsep lebih santai. Selain kuah mala pedas yang menjadi pilihan utama, restoran ini turut menawarkan pilihan seperti spicy soup, dry mala, garlic stir-fry dan tomato soup bagi mereka yang mahukan rasa lebih ringan.
5. YGF Malatang
YGF Malatang antara pilihan yang mudah dicari kerana hadir di beberapa lokasi popular dalam pusat beli-belah seperti Pavilion KL dan Sunway Pyramid. Sebagai salah satu rangkaian malatang terkenal dari China, YGF membawa konsep build-your-own bowl dengan lebih 60 pilihan bahan seperti sayur-sayuran, mi, makanan laut, daging dan pelbagai pilihan istimewa, anda boleh memilih kombinasi kegemaran sebelum semuanya dimasak bersama kuah pilihan.
Artikel Berkaitan: 7 Must-Visit Kafe Sekitar LRT Shah Alam










