Melancong bersama keluarga dan rakan memang menyeronokkan tetapi ada masanya anda memerlukan masa sendirian dan inilah peluang untuk pergi melancong secara solo.
Jadi, untuk pastikan percutian solo anda berjalan lancar, EH! senaraikan lima lokasi selamat untuk dikunjungi.
New Zealand
Bagi peminat Lord of The Rings, sudah tentu tempat ini adalah destinasi pelancongan yang sesuai. Anda boleh melawat set penggambaran filem Lord of The Rings yang terkenal. Jika anda tidak meminati filem tersebut, New Zealand turut menawarkan tarikan yang lain. Keindahan semula jadi negara itu pasti akan buat anda kagum dan jika anda meminati sukan lasak, ia turut menawarkan aktviti seperti bungee jumping, sky diving, jet boating dan banyak lagi.
Jerman
Ada banyak benda yang boleh dilakukan di sini lebih lagi buat anda yang meminati seni dan sejarah. Seni jalanan sangat terkenal di negara ini dan ia boleh didapati dalam bentuk cetakan atau magnet di kedai cenderahati. Selain itu, ia turut menjual lukisan cantik di pasaran yang sesuai dijadikan sebagai kenangan percutian. Anda boleh menyertai lawatan seni jalanan dan melihat sendiri seni bina yang cantik. Selepas bersiar-siar, anda boleh menikmati juadah tempatan di restoran yang terdapat di situ.
Jepun
Negara matahari terbit ini memang sesuai buat anda yang ingin travel solo. Ia sangat mudah untuk ke mana sahaja sama ada di Tokyo atau di luar bandar. Selain itu, Jepun turut menyediakan pelbagai penginapan yang direka khas untuk pelancong solo. Tidak perlu malu untuk makan sendiri kerana restoran di Jepun turut menyediakan tempat khas untuk anda menjamu selera sendirian.
Norway
Norway adalah satu negara yang memiliki keindahan alam semula jadi yang menakjubkan dengan kadar jenayah yang rendah. Scandinavia adalah salah satu lokasi terbaik untuk destinasi pelancong solo. Dari Fjord yang terkenal dengan air jernih hingga ke Vøringsfossen, lokasi air terjun tertinggi di Norway. Jika anda sukakan aktiviti mendaki, anda boleh melawat ke Hardangervidda, gunung yang memiliki dataran tertinggi di Eropah.
Singapura
Negara jiran ini memang terkenal dengan kebersihan, sistem pengangkutan yang baik dan paling penting sekali, ia selamat. Jad, untuk percutian solo yang singkat, kenapa tidak ke Singapura? Anda boleh melawat kafe menarik di Tiong Baru, berkunjung ke taman yang cantik di Gardens berdekatan dengan Bay atau mencuba semua tarikan yang terdapat di Sentosa seperti Universal Studios Singapore dan S.E.A Aquarium.
Gambar: Depositphotos