Jika sebelum ini croissant menjadi pilihan pencinta pastri, kini giliran salt bread atau shio pan pula mencuri perhatian. Lebih-lebih lagi jika anda baru pulang dari Seoul, pastri viral ini menjadi buruan ramai di kafe dan bakeri di sana.
Berasal dari Jepun, roti ini terkenal dengan teksturnya yang rangup di bahagian bawah, lembut di dalam serta dipenuhi aroma mentega yang cukup memikat. Gabungan rasa masin dan berlemak yang seimbang menjadikannya kegemaran ramai
Fenomena salt bread semakin popular dengan kemunculan pelbagai bakeri artisan yang menghasilkan versi tersendiri. Ada yang mengekalkan resipi klasik Jepun dan ada juga yang bereksperimen dengan pelbagai perisa unik.
Jika anda sedang mencari lokasi shio pan di sekitar Lembah Klang, berikut antara lokasi yang boleh dimasukkan dalam senarai kunjungan hujung minggu ini.
Lima Lokasi Shio Pan di KL Wajib Anda Cuba Hujung Minggu Ini;
1. Barcook Bakery @ The Sphere
Nama Barcook sememangnya tidak asing dalam kalangan pencinta roti. Salt bread di sini sering menjadi pilihan ramai kerana teksturnya yang lembut dengan lapisan luar yang sedikit rangup. Malah, ia turut disebut sebagai antara lokasi popular untuk mendapatkan shio pan di Lembah Klang. Selain salt bread, anda juga boleh mencuba pelbagai pilihan pastri lain yang sentiasa memenuhi rak jualan mereka setiap hari.

Kona Bakehouse antara bakeri yang semakin mendapat perhatian dalam dunia bakeri artisan. Ia turut disenaraikan sebagai salah satu lokasi terbaik untuk menikmati shio pan di sekitar KL dan PJ. Datang awal kerana beberapa menu popular mereka sering habis terjual sebelum waktu tengah hari.

3. Layna Bakery
Terletak di Kota Damansara, bakeri ini semakin menjadi sebutan dalam kalangan pencinta salt bread. Apa yang membuatkan ramai sanggup beratur adalah tekstur roti yang cukup memuaskan. Turut terkenal dengan variasi seperti Truffle Shio Pan dan Crimson Tomato Shio Pan yang sering menjadi rebutan pelanggan, Layna Bakery sememangnya lokasi wajib untuk dimasukkan dalam weekend cafe hopping list anda.

4. Orito
Bagi mereka yang gemarkan bakeri ala Jepun, Orito merupakan destinasi wajib anda. Roti di sini dihasilkan dalam kuantiti kecil bagi memastikan ia kekal fresh dan tekstur yang sempurna. Pilihan pastri serta roti artisan mereka kerap viral di media sosial, menjadikan ia antara lokasi wajib singgah bagi pencinta roti.

Seperti namanya, lokasi ini memberi fokus khusus kepada roti artisan dan sourdough. Dengan konsep yang lebih eksklusif dan penghasilan roti secara kecil-kecilan, setiap roti yang dihasilkan diberi perhatian kepada tekstur dan rasa. Jika anda mencari pengalaman menikmati salt bread yang lebih artisan bersama secawan kopi, lokasi ini antara yang patut dikunjungi.

Artikel Berkaitan: 7 Restoran Romantik di Kuala Lumpur Untuk Sambut Anniversary
