Flock yang merupakan restoran sepanjang hari di W Kuala Lumpur memperkenalkan lima menu Pan-Asia baharu dengan sentuhan cita rasa lokal.
Dalam mengelevasikan pengalaman gastromoni di ibu kota, W Kuala Lumpur memperkenalkan seleksi menu baharu yang menjanjikan keseronokan. Flock yang merupakan restoran sepanjang hari menyajikan seleksi menu Pan-Asian baharu yang moden dengan sentuhan cita rasa lokal penuh warna.
Dari ladang terus ke Flock, pilihan menu baharu ini menggunakan bahan-bahan berkualiti, organik dan segar, yang kebanyakkannya daripada dalam negara seperti Tanah Tinggi Cameron. Lantas, pengunjung pasti merasai aroma penuh energi dalam suasana yang lebih santai.
Menu baharu restoran Flock dibahagikan kepada sajian tengah hari dan juga sajian malam yang boleh dikongsi bersama keluarga dan sahabat. Ia menerima sentuhan Cef Sous Eksekutif, Suhalmi Md Tahir dan juga Cef Pastri, Kevin Yong di bawah seliaan Cef Eksekutif, Haznizam Hamzah.
Berikut adalah lima hidangan baharu yang boleh anda cuba di Flock, W Kuala Lumpur:
Cameron Heirloom Tomato
Hidangan pembukaan ini bukan sahaja berkhasiat, ia cukup menyelerakan. Ia menggunakan beberapa jenis tomato organik dari Tanah Tinggi Cameron, bersama whipped ricotta, crisp dan pomegranate vinaigrette.
Whole Borneo Lobster Roti John
Tidak sempurna kunjungan anda ke Flock tanpa mencuba hidangan signature W Kuala Lumpur iaitu Roti John udang karang. Ia menggunakan isi udang karang dari Borneo bersama cabbage slaw dan juga ranch dressing.
Baca lebih lanjut: Alasan ‘Lightyear’ Diharamkan Di Malaysia