Stir Fried Quinoa and Fregola
Sajian utama ini seperti aternatif berkahsiat kepada nasi goreng yang cukup menyelerakan. Ia menggantikan nasi kepada quinoa dan fregola, bersama telur, brokoli, cendawan, kale Tuscan dan juga lobak merah heirloom.
Roasted Local Eggplant
Satu lagi hidangan pembukaan yang boleh dikongsi bersama. Ia menggunakan terung tempatan bersama hummus bayam, avocado, kale Tuscan dan red mizuna leaf.
Bubur Cha Cha
Mesti cuba! Pemanis mulut tradisional ini diolah cukup moden tanpa menggadaikan rasa sebenar. Ia menampilkan semifreddo keladi, black eyed peas, espuma kelapa dan twist chips. Jangan lupa untuk menikmati bersama kopi panas.

Flock yang terletak di aras lapan W Kuala Lumpur menampilkan ruang makan selesa dan dapur terbuka yang menyajikan sajian Pan-Asia dengan sentuhan cita rasa Malaysia. Layari laman web rasmi untuk maklumat lanjut di sini.
Foto: W Kuala Lumpur
Baca lebih lanjut: 4 Fakta Menarik Mengenai Ms. Marvel, Adiwira Muslim Pertama