“Kebahagiaan hidup anda bergantung pada kualiti pemikiran anda.” – Marcus Aurellius, ahli falsafah terakhir daripada lima maharaja Rom yang baik. Ini mindset yang kita perlu ada supaya hidup lebih stress-free :
1. Penolakan adalah Ubah Hala
Pemikiran boleh difahami dari quote yang terkenal “Rejection is a Redirection” diinspirasikan dari latar belakang kejayaan Übermodel pertama dalam sejarah, Gisele Bündchen. Gisele merupakan seorang model terkenal dari Brazil, model yang sangat dikenali sebagai Victoria’s Secret’s Angel. Sejak tahun 1996, dia pernah ditolak 42 kali dalam uji bakat sebagai model di London sebelum diterima dalam pertunjukan runway Alexander McQueen pada tahun 1998. Namun, ia tidak menjatuhkan semangatnya untuk menjadi seorang model. Pada tahun 1999, Vogue memuji Bündchen dengan menamatkan era peragaan heroin bergaya dan dia juga merupakan Victoria’s Secret’s Angel dari 1999 hingga 2006. Gisele dikreditkan mempopularkan berjalan kuda, pergerakan menghentak di mana seorang model mengangkat lututnya tinggi dan menendang kakinya untuk melangkah
Selain Gisele, kisah kejayaan Adéla juga dapat dikaitkan dengan quote ini. Pada tahun 2022, Adéla telah menyertai survival show untuk menjadi seorang penyanyi, namun, semasa cabaran pertama, dia mempersembahkan tarian kumpulan kepada “Pink Venom” Blackpink dan merupakan antara yang pertama tersingkir selepas menerima undian peminat yang paling sedikit. Kini, Adéla berjaya mencipta nama sebagai It Girl terbaru dalam dunia hiburan pop.
Dari kisah mereka, saya dapat belajar yang setiap penolakan memberi ruang untuk sesuatu yang lebih baik. Dengan quote ini, ia membantu saya untuk menjadi lebih tenang.

2. Semuanya Akan Berlalu, Tiada Yang Kekal
Setiap halangan, cabaran, mahupun kesusahan tidak akan kekal dan ianya akan berlalu. Perkara baik mahupun buruk adalah sementara dan kita tidak akan menghadapinya selama-lamanya. Dengan itu, kita juga patut enjoy hidup kita sepenuhnya.
Menarik untuk saya kongsikan pesanan yang dikongsikan oleh Wonyoung (IVE):
“Cuba yang terbaik untuk mengatasinya tetapi perlu diingat, ini juga akan berlalu”
Wonyoung amat dikenali sebagai seorang yang sangat berdisiplin. Ianya membuat saya rasa tertanya-tanya akan gaya dan cara dia menghadapi cabaran kehidupan.

3. Tidak Semua Pemikiran Patut Diberi Perhatian
Ayat ini merupakan inspirasi dari Girl Crush saya, Eileen Gu, dia pernah berkata
“Anda boleh mengawal apa yang anda fikirkan… oleh itu anda boleh mengawal siapa diri anda.”
Setiap pemikiran yang anda ulangi menjadi apa yang anda alami sendiri. Fikiran membentuk perasaan, tindakan, dan identiti. Dia menggunakan neuroplasticity untuk menjadi orang yang dia impikan. Selain itu dia juga pernah berkata
“Ianya semua sebuah cerita jika awak memahaminya…berhenti jadikan setiap pemikiran sebagai realiti, dan mula menjadikan ia sesuatu bahan yang awak boleh perbaiki.”
Otak kita menjana pemikiran secara berterusan, tetapi ia tidak tepat. Pemikiran adalah peristiwa mental, bukan bukti tetapi apabila kita menganggap setiap pemikiran sebagai kebenaran, kita menguatkannya. – @vnessa.ng di Tiktok.

4. Setiap Kesusahan Adalah Latihan Untuk Menghadapi Yang Lebih Baik
Setiap cabaran yang anda lalui sekarang sedang melatih anda untuk diri anda pada masa depan dan ia memberi anda persediaan untuk apa yang lebih hebat dalam perjalanan kehidupan anda. Setiap kehilangan memberi ruang untuk sesuatu yang akan datang. Apa yang anda simpan di fikiran bakal menentukan ketenangan dalam hidup.
5. Hilang Dari Pandangan, Hilang Dari Fikiran
Jika anda pernah menonton Netflix Series, “Euphoria”, anda mesti tahu quote yang dituturkan oleh Maddy Perez,
“Out Of Sight, Out Of Mind”
Out of sight, out of mind ialah peribahasa popular yang bermaksud bahawa orang cepat lupa atau berhenti memikirkan sesuatu atau individu apabila mereka tidak lagi kelihatan atau hadir secara fizikal. Apabila sesuatu tidak dapat dilihat, ia mudah untuk mengabaikan, melupakan, atau mengabaikannya. Abaikan perkara, benda, atau manusia yang kita tak dapat lihat dalam masa semasa.
Kesedaran dan kesihatan mental adalah sangat penting dan sering diabaikan di dunia hari ini. “Anda mempunyai kuasa ke atas fikiran anda – bukan peristiwa luar. Sedari perkara ini, dan anda akan mendapat kekuatan.” – Marcus Aurellius (Meditations).
Artikel Berkaitan : Kenali Simptom Influenza A & Cara Mencegahnya
