Tempat anda mencari rezeki boleh jadi tempat yang paling toksik andainya dikelilingi orang-orang sebegini. Kenali lima jenis rakan sekerja yang toksik!
Yang Tidak Guna ‘Common Sense’
“Common sense is not so common”, pernah dengar tak? Ya, betullah quote tersebut kerana saya rasa hari ini ramai orang tak ada common sense, mana hilang pun tak tahu. Sejujurnya memang memeningkan kepala bila bekerja dengan orang yang tidak gunakan common sense dalam bekerja. Bagi saya kita kena ada suntikan common sense dalam setiap hal yang kita lakukan lagi-lagi dalam bekerja. Tiap keputusan, pilihan dan cara kita berfikir kena ada common sense perlua ada. Bila kita gunakan common sense hasil kerja kita lebih praktikal, kita akan kurangkan bertanya benda-benda yang tidak perlu. Jika tidak menggunakan common sense akhirnya kita akan bertanyakan soalan-soalan yang menampakkan kita kurang bijak dan malas.
Yang Kaki Komplen
Ini lagi satu perangai yang tidak bagus untuk persekitaran pejabat. Saya tak suka dengan orang yang sikit-sikit hendak komplen, semua benda tidak kena di matanya. Macam dia sajalah yang betul. Percayalah orang yang kaki komplen ini sebenarnya orang yang cuba menutup kelemahannya dalam bekerja atau boleh jadi untuk mengelak diberikan kerja ekstra.
“Dalam hidup memang ada pilih kasih, kerana kita manusia, manusia tidak adil, maha adil itu hanya sifat milik Tuhan.”
Yang Kaki Ampu
Saya masih ingat lagi kata pensyarah saya yang saya rasa memang ada benarnya. Katanya, “dalam hidup memang ada pilih kasih, kerana kita manusia, manusia tidak adil, maha adil itu hanya sifat milik Tuhan. Emak pun ada anak yang paling dia sayang,” lebih kurang itulah kata-katanya. Jadi dalam bekerja saya memang percaya yang ketua akan ada ‘favourite’ dia. Itu lumrah. Tapi yang menjelikkan ialah bila ada yang kaki bodek, yang try too hard hendak memenangi hati ketua. Kaki bodek ini biasanya akan tunjukkan yang ‘cantik-cantik’ sahaja, ada juga yang jenis ‘yes boss’, apa yang ketua cakap betul sahaja.
Yang Kaki Gosip
Okey, yang ini bahaya. Kalau sekadar gosip cerita selebriti ke tak apalah sebab tak kena mengena dengan anda atau teman sekerja lain. Tapi yang bahaya bila berdepan dengan kaki gosip hal-hal pejabat, yang akan tokok tambah cerita fasal teman sekerja. Susah sebenarnya hendak mengelak kerana yang kaki gosip ini biasanya nampak innocent disebalik keramahan. Cara terbaik untuk kita mengawal orang sebegini ialah dengan kekal dengan sifat ramah kita tapi pastikan short and sweet.
Yang Malas
Okey yang ini tidak perlu penjelasan panjang lebar. Anda sendiri tahu dan mungkin kenal ciri-ciri rakan sekerja yang berat tulang. Orang begini akan hantar kerja lambat, tidak ada follow up, hanya bergerak bila ‘diketuk’, dan hasil kerja juga ala kadar sahaja. Orang-orang begini akan terus ada di dalam organisasi. Jika tiada tindakan dari ketua anda, tiada apa yang anda boleh buat untuk ‘mendidik’ orang sebegini.