Anda ingin mengorat si jejaka idaman pada temu janji pertama? Namun, apa yang diminatinya? Apa perkara yang lelaki suka perhatikan pada wanita?
Soalan sama masih bermain dalam fikiran, ‘Apa perkara yang lelaki suka perhatikan pada wanita?“. Pertama, penampilan memainkan peranan yang besar dalam tarikan fizikal. Rupa anda adalah salah satu perkara pertama yang lelaki lihat tentang anda, tetapi sebenarnya ia lebih daripada itu. Mereka akan ‘menoropong’ anda dan mengkaji peribadi anda jika berjaya menangkap perhatian si dia. Perkara yang dicari oleh lelaki pada seorang wanita itu berbeza-beza.
Jika anda mempunyai fizikal yang hebat dan kelihatan serasi, anda pasti akan mendapat perhatian mana-mana lelaki. Tetapi setiap keistimewaan yang dimiliki anda pasti menarik perhatian yang satu. Hanya untuk beberapa saat, dia tidak akan dapat menjauhkan diri daripada anda.