4. Perbelanjaan yang tidak masuk akal.
Jika terdapat caj ganjil pada kad kredit pasangan anda atau tiba-tiba kurang baki dalam akaun bank anda atau pasangan atau akaun persaraan atau akaun pelaburan dan sebagainya…. itu adalah petanda besar pasangan anda sedang curang.
Jika anda bertanya kepada pasangan anda tentang perbelanjaan yang dilakukan oleh mereka berdasarkan sejarah keluar-masuk tunai, dan jawapan mereka kelihatan tidak benar, kemungkinan besar mereka menyorokkan sesuatu. Teliti betul dengan caj yang dikenakan sama ada ia perbelanjaan kepada wang, hadiah, perjalanan, makan malam dan bilik hotel. Kos penipuan boleh meningkat dengan cepat. Jika anda melihat pengeluaran tunai yang besar atau bukti pembelian dari tempat yang jarang atau tidak pernah anda dan pasangan kunjungi, itu bukan petanda yang baik.