Memang tidak dapat disangkal ramai yang yang masih hidup membujang dek tidak punya daya penarik dan kurang keyakinan diri untuk mencari jodoh. Rancangan realiti TV bertajuk “Single’s Inferno” dari Netflix ini mengajar 5 rahsia memikat si dia!
Rahsia memikat yang kami senaraikan ini sesuai untuk anda yang masih belum mempunyai pasangan atau lebih mesra dengan gelaran bujang. Gelaran bujang bukan hanya untuk lelaki di umur 20an tetapi ia nya adalah gelaran untuk semua lelaki yang masih tidak mempunyai pasangan tidak kira umur. Ada juga gelaran bujang terlajak laris tetapi gelaran ini sebenarnya hanya untuk lelaki buaya yang gemar mempermainkan cinta, walhal cinta yang sejati itu sangat sukar untuk ditemui. Walaubagaimanapun, hidup perlu diteruskan dan cinta juga perlu diperjuangkan. Untuk menambat hati seseorang itu perlulah mempunyai daya penarik tersendiri yang membuat wanita itu rasa mudah untuk mendekati dan juga didekati.
“Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih “
Kata perumpamaan yang cukup padat. Mencari pasangan perlulah konsisten dan bersungguh-sungguh sehingga dapat memikat hati seseorang itu. Pengakhiran yang sedih tidak semestinya tidak berjaya tetapi itu adalah salah satu cara untuk mengasah bakat dalam memiliki hati seseorang. Memikat juga memerlukan ilmu dan kegigihan kerana kebiasaanya lelaki memikat dengan hanya menggunakan sedikit kesungguhan. Perempuan akan rasa dia hanya untuk bersuka-suka dan tidak serius. Mahu tahu rahsia memikat si dia? Swipe ke sebelah: