Ramadan juga bulan di mana rutin harian berubah tempo. Waktu tidur jadi sedikit berkejar-kejar, tenaga turun naik dan emosi kadangkala lebih mudah terusik. Suasana di rumah juga memainkan peranan, safe space untuk recharge semula selepas seharian berpuasa. Kita percaya pada konsep “seri rumah,” bukan hanya ruang yang nampak cantik dan kemas, tetapi vibe yang membuatkan hati terasa tenang sebaik sahaja melangkah masuk.
Secara saintifiknya, aroma berhubung terus dengan sistem otak yang mengawal emosi dan memori. Sebab itu, ada haruman yang membuatkan hati terasa lebih lapang, ada yang membantu kita fokus ketika badan mula lemau, dan ada juga yang tanpa sedar membuatkan kita menarik nafas panjang dengan lebih lega. Wangian yang tepat mampu mengubah mood dan mencipta ruang yang lebih harmoni.
Jadi kali ini, EH! himpunkan lima reed diffuser pilihan EH! untuk membantu mencipta seri ruang sepanjang Ramadan, biar rumah anda bukan sekadar harum tetapi benar-benar terasa seimbang dan menenangkan.
1. Pleuvoir Rose Wood Diffuser (RM153)
Menawarkan aroma mawar yang dipadukan dengan sentuhan woody, wangian rose membantu menenangkan emosi, manakala nota woody memberi rasa grounded. Formulanya berasaskan sayuran dan bebas alkohol, menjadikannya lebih lembut untuk ruang tertutup. Pilihan menarik untuk yang mahukan aroma feminin tetapi tidak terlalu manis.

2. L’Occitane Néroli Yuzu Diffuser (RM360)
Gabungan neroli yang lembut dengan yuzu yang juicy menghasilkan aroma floral-citrus yang menyegarkan. Ia memberi rasa fresh dan ringan, sesuai untuk ruang keluarga atau ruang makan. Balikkan rattan reeds untuk laraskan intensiti wangian. Ini pilihan ideal jika anda sukakan aroma yang bright tetapi tetap elegan.

3. Jo Malone London Lime Basil & Mandarin Diffuser (RM535)
Segar, moden dan sophisticated, inilah definisi haruman lime basil & mandarin. Nota mandarin yang cerah bergabung dengan basil dan amberwood yang hangat, mencipta suasana uplifting tanpa terlalu kuat. Letakkan di ruang tamu ketika bersiap untuk iftar atau menerima tetamu. Haruman sitrusnya membantu menaikkan mood, menjadikan ruang terasa lebih hidup dan welcoming.

4. Maison Margiela Replica Lazy Sunday Morning Diffuser (RM535)
Jika Ramadan buat jadual tidur anda sedikit huru-hara, diffuser ini mencipta suasana yang menenangkan seperti cadar kapas putih yang baru dibasuh. Nota lily of the valley, white musks dan iris memberi rasa bersih, lembut dan sangat comforting. Sesuai diletakkan di bilik tidur selepas tarawih untuk membantu badan switch off.

5. Diptyque Mimosa Home Fragrance Diffuser (RM905)
Haruman mimosa yang lembut dengan sentuhan sedikit honeyed ini terasa sophisticated dan refined. Ia tidak terlalu kuat, tetapi cukup untuk mencipta ambience yang hangat dan intimate. Sesuai untuk ruang tamu ketika menerima tetamu Raya atau waktu refleksi malam. Pilihan ini untuk anda yang mahukan signature scent yang eksklusif dan mewah.

Artikel Berkaitan: Mystery Box Eksklusif Untuk Pembaca EH!
