1. Regangan Tangan Bertemu Dumbbell
Pegang kedua dumbbell di setiap tangan, baringkan diri anda pada sandaran yang selesa dan selamat. Pastikan badan anda berpenjuru 45° darjah dan bengkokkan kedua lutut, sedikit bukaan kaki untuk keseimbangan badan. Perlahan ‘kepakkan’ dumbbell anda hingga ia bertemu satu sama lain.
Lakukan selama 3 minit atau kiraan sebanyak 20 kali. Pergerakan ini mampu membina otot tepi payudara anda dan meregangkan ia secara semula jadi.