Anda sudah lama tidak bertemu janji & bakal temu janji dengan Si Dia tidak lama lagi? Gugup dan risau jika berkelakuan tidak senonoh? Jangan risau, ikuti 5 tip EH!, yang anda perlu elak pada hari pertama temu janji;
Tidak kira apa yang anda cari dalam pasangan, sama ada hubungan yang serius atau percintaan yang kasual, temu janji pertama haruslah berjalan lancar dan mencerminkan diri anda adalah yang terbaik dan semestinya tidak janggal! Jika bercakap tentang temu janji pertama, pasti kebanyakkan jawapan akan mengingikan ‘Personaliti’ – jawapan popular dan sering orang cari jika ingin mengenali lebih rapat dengan bakal pasangan mereka.
Personaliti anda haruslah memenuhi kriteria norma, dimana ia melepasi stigma buruk dan membuatkan anda lebih ‘didambakan’ oleh si dia. Sebelum anda melangkah keluar dari rumah, jom semak 5 sikap yang anda perlu elak pada hari pertama temu janji; mungkin ini akan membantu anda mencapai pertemuan pertama yang sempurna dan berjaya hingga memberi anda peluang untuk bertemu janji dengan si dia buat kali kedua.