1. Elak banyak bercakap tentang diri sendiri.
Adalah penting untuk mencuba dan mengekalkan perbualan pada skala sama 50/50 dari segi kehendak dan kemahuan diri anda dan si dia. Elakkan terlalu mengidolakan diri sendiri, bercerita tentang diri sendiri, seperti anda meminati diri lebih dari anda ingin mengenali si dia. Cuba kawal diri, jangan terlalu menunjuk kehebatan diri, cukup minimaliskan perbualan dan kekalkan kesamarataan. Ps; tiada siapa mahu mendengar seseorang membebel tentang diri mereka sepanjang hari, terutamanya apabila ini adalah kali pertama anda bertemu dengan si dia.