2. Terlalu banyak menggunakan telefon.
Sikap ini akan membuatkan pasangan anda tidak selesa dan ingin menamatkan temu janji dengan cepat. Mungkin tidak akan berjumpa dengan anda lagi… Hormati masa orang lain. Jika anda sedang menunggu panggilan atau e-mel yang penting, pastikan anda memberitahu kepada pasangan terlebih dahulu. Lebih baik berkongsi daripada sorokkan sesuatu. Jika anda serius untuk mengenali seseorang, mereka harus mendapat perhatian penuh daripada anda.