3. Tidak bertanya soalan, hanya diamkan diri?
Bertanya soalan kepada pasangan temu janji ialah peluang yang baik untuk melihat sama ada terdapat chemistry antara korang berdua. Seperti perbualan tadi, kekalkan pertanyaan soalan 50-50 kepada pasangan temu janji, ini akan membuatkan kalian lebih berminat antara satu sama lain, seperti masing-masing tidak bertepuk sebelah tangan. Anda harus menghormati mereka dengan menunjukkan minat ingin ketahui lebih lanjut tentang kehidupan, impian dan sebagainya kerana mereka telah meluangkan masa untuk bertemu dengan anda.