4. Muncul lewat.
Tolong hadirkan diri tepat pada masa yang dipersetuju. Jangan tersilap tarikh dan tempat, tandakan tarikh, lokasi dan masa pada kalendar telefon atau notis kecil di dinding bilik. Kesilapan kecil ini akan mencerminkan anda seorang yang tidak bertanggungjawab dan tidak serius untuk mengenali pasangan temu janji. Jika terlewat kerana hal yang tidak boleh dikawal, ringankan tangan dan sila hantar mesej dengan cepat, beritahu pasangan anda – minta maaf apabila tiba di lokasi temu janji.