Seperti yoga, senaman ‘estetik’ kecantikan masa kini, Pilates turut menawarkan pelbagai faedah, termasuk penyamanan badan yang menyeluruh dan pembinaan kekuatan otot baik lelaki mahupun wanita.
Pilates, suatu bentuk senaman yang menyeluruh dan mendalam, telah menjadi pilihan utama untuk mereka yang mencari kesejahteraan fizikal (luar) dan mental (dalaman). Aktiviti bentuk senaman yang menggabungkan elemen-elemen yoga ini mulai mendapat perhatian kerana faedahnya terlalu bagus untuk diamalkan seperti ia menitikberatkan kekuatan, fleksibiliti, kesihatan dalaman badan dan ilmu dalam mengawal pernafasan.
Secara tidak langsung, latihan pernafasan yang diamalkan dalam senaman Pilates ini membantu dalam meningkatkan aliran darah, memberikan oksigen yang mencukupi kepada sel-sel badan dan secara keseluruhannya meningkatkan fungsi sistem pernafasan yang baik.
Pilates bukan sekadar senaman, tetapi satu gaya hidup yang menggabungkan gerakan fizikal, pernafasan terkawal, dan kesedaran badan. Dengan manfaat yang melibatkan tubuh dan minda, Pilates semakin mendapat tempat dalam masyarakat kesihatan Malaysia.
Sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina, ayuh mulakan senaman ‘estetik’ baharu ini di 5 studio Pilates terbaik di sekitar Kuala Lumpur:
Terletak di Mont Kiara, Kuala Lumpur, studio Pure Pilates KL menawarkan pelbagai teknik Pilates Klasik dan dihoskan oleh pengajar yang mahir. Pure Pilates KL antara pilihan terbaik pengarang kerana ia mengekalkan prinsip asas Joseph Pilates dalam kelas mereka dan komited dalam membantu pelanggan untuk mencapai matlamat kesihatan dan kecergasan mereka.
Lokasi: B-01-10, Gateway Corporate Suites, 1, Jalan Desa Kiara, Mont Kiara, 50480 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tempahan temu janji dalam talian DISINI
2. Urban Spring Pilates Bangsar
Urban Spring Pilates Bangsar di Kuala Lumpur adalah pusat latihan terkemuka yang menawarkan pengalaman Pilates terbaik di bandar raya ini. Dengan instruktur berkelayakan tinggi, peralatan canggih, dan suasana yang menenangkan, Urban Spring Pilates menjadi pilihan utama dalam meningkatkan kecergasan dan kesejahteraan tubuh badan.
Lokasi: 1, 57, Jalan Bangkung, Taman Bandaraya, 59100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu: Isnin – Khamis (07.00 pagi sehingga 21.00 malam) & Jumaat – Ahad (07.00 pagi sehingga 17.00 petang)
3. The Flow Studio – Yoga & Pilates | Bangsar
Menawarkan kepelbagaian kelas gaya yoga dan latihan pilates, The Flow Studio – Yoga & Pilates yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur, adalah destinasi terbaik untuk pengalaman autentik yoga dan pilates yang menyegarkan. Keanggunan studio yang memukau ini mencipta lingkungan mood yang memanjakan jiwa dan tubuh, menjadikannya tempat pilihan untuk meningkatkan kesejahteraan tubuh badan.
Lokasi: 7, Jalan Riong, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu: Isnin – Jumaat (07.00 pagi sehingga 11.00 pagi) & Sabtu – Ahad (09.00 pagi sehingga 13.00 petang)
Terletak di beberapa lokasi di Malaysia, Hills Pilates menawarkan kelas peribadi dan kumpulan dengan peralatan pilates yang terkini. Sebuah studio kesihatan dan kecergasan yang menawarkan pelbagai kelas pilates, ia turut menyediakan persekitaran yang mesra dan instruktur yang berpengalaman.
Lokasi: D4, G4-8, Jln Solaris Dutamas, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu: Isnin – Jumaat (07.00 pagi sehingga 21.00 malam) & Sabtu – Ahad (08.00 pagi sehingga 17.00 petang)
Atmosfera yang tenang dan sokongan peribadi oleh tenaga pengajar yang berpengalaman, Fine Body Pilates yang terletak di Taman Sri Rampai Kuala Lumpur ini menawarkan pengalaman pilates yang unik dan berkualiti tinggi. Tidak hanya menyediakan latihan yang efektif, tetapi juga mempromosikan kesihatan dalaman dan kesejahteraan dengan lokasi strategik di Kuala Lumpur, ia menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari gaya hidup aktif dan seimbang.
Lokasi: No 17-2, Hedgeford 10 Galleria, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur