Glow up bukan sesuatu yang berlaku semalaman. Tetapi dengan beberapa tabiat kecil yang dilakukan secara konsisten, mungkin akan mula nampak perubahan perlahan-lahan pada wajah, badan dan juga keyakinan diri.
Dalam era media sosial yang penuh dengan transformasi instant, ramai mula terlupa bahawa glow up sebenar selalunya mengambil masa. Bukan tentang berubah sepenuhnya dalam beberapa hari, tetapi lebih kepada perubahan kecil yang perlahan-lahan membuatkan kita rasa lebih confident.
Kadang-kadang, rutin yang nampak remeh sebenarnya mampu memberi kesan dalam jangka masa panjang.
Daripada cara menjaga badan sehinggalah tabiat sebelum tidur, sedikit demi sedikit boleh membantu kita tampil lebih segar dan lebih terurus. EH! Senaraikan lima tabiat yang boleh diikuti untuk kita semua glow up:
Mouth Taping

Mouth Taping boleh digunakan jika anda merupakan mouth breather, membantu dalam meningkatkan kualiti tidur. Dengan menggunakan pita khas pada bibir ketika tidur untuk menggalakkan pernafasan melalui hidung. Dipercayai juga dapat mengurangkan dengkur, tetapi masih perlu berhati-hati untuk mengelakkan kesesakan nafas.
Bukan setakat kualiti tidur terjaga, malah bentuk muka juga akan berubah dan sesetengah mengatakan muka akan menjadi lebih cengkung serta kurang ‘puffiness’.
Dry Brushing

Teknik ini popular kerana dipercayai membantu membuang sel kulit mati, membuatkan kulit terasa lebih halus dan memberi efek kulit yang nampak lebih segar dan berseri.
Ramai juga mengamalkan dry brushing kerana dikatakan dapat membantu melancarkan peredaran darah serta membuatkan body lotion atau body oil lebih mudah menyerap ke dalam kulit.
Untuk melakukannya, gunakan berus dengan gerakan lembut sebelum mandi, kemudian akhiri dengan pelembap selepas kulit dibersihkan.
Cold Water Therapy

Cold water therapy atau ice-water facial ialah rutin merendam wajah dalam air sejuk selama beberapa saat untuk memberi efek wajah yang lebih ‘awake’ dan kurangkan muka ‘puffy’.
Teknik ini semakin popular kerana dipercayai membantu mengurangkan muka sembap terutama selepas bangun tidur.
Air sejuk dapat membuatkan wajah nampak lebih toned, membuat kemerahan berkurang dan bawah mata kelihatan kurang bengkak. Selepas rutin, kulit akan nampak lebih glowing secara natural.
Mewing

Mewing menjadi salah satu tabiat kecil yang semakin popular kerana dipercayai mampu membuatkan bentuk wajah kelihatan lebih defined secara perlahan-lahan.
Teknik ini dilakukan dengan meletakkan lidah pada bahagian atas mulut sambil memastikan bibir sentiasa tertutup dan bernafas melalui hidung.
Walaupun tiada bukti saintifik kukuh, ramai masih mengamalkannya kerana memberi efek wajah yang nampak lebih kemas dan terangkat. Dengan konsistensi, ada yang merasakan rahang kelihatan lebih sharp, postur wajah lebih baik dan side profile nampak lebih ‘clean’.
Makan Ghee Butter

Terinspirasi daripada rutin yang pernah dikongsikan Nana After School, ramai mula mencuba tabiat memakan sepotong kecil ghee butter pada waktu pagi ketika perut kosong.
Berbeza dengan mentega biasa, ghee merupakan butter yang telah ditapis sehingga tinggal lemak baik dan sering dikaitkan dengan rutin wellness serta penghadaman.
Walaupun diamalkan dalam kuantiti kecil seperti satu kiub atau potongan kecil, ramai percaya rutin ini membantu melindungi lapisan perut, membuatkan sistem penghadaman terasa lebih selesa dan membantu mengawal blood sugar spikes selepas makan. Selain memberi rasa kenyang lebih lama, tabiat kecil ini juga sering dikaitkan dengan badan yang terasa lebih stabil dan bertenaga sepanjang hari.
