1. Love bombing
Love bombing ialah teknik manipulasi yang sering digunakan oleh narsisis untuk mengawal mangsa mereka dengan bahasa isyarat romantis yang direka untuk membuatkan anda berasa lebih dihargai dan mendapat perhatian yang penuh. Mereka berusaha untuk mendapatkan kasih sayang dan perhatian dengan cepat sebelum mengawal mangsa mereka. Pada awal perkenalan, narsisis mungkin kelihatan menawan dan menarik pada mata anda, seperti dia seorang yang terlalu sempurna tetapi, ‘rupa baik’ ini akan hilang dan digantikan dengan penderaan emosi selepas narsisis berjaya mengawal pasangan mereka.