“Adakah dia betul-betul serius dengan aku atau sekadar main-main?
Jika si dia benar serius, dia tidak akan membiarkan anda tergantung dalam hubungan. Mereka akan menunjukkan tanda-tanda jelas yang mencerminkan niat mereka untuk membina masa depan bersama anda.
Setiap hubungan bermula dengan fasa perkenalan yang manis, di mana segalanya kelihatan indah. Namun, apabila masa berlalu, yang membezakan hubungan sebenar daripada sekadar “suka-suka” ialah kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh pasangan.
Jadi, bagaimana untuk mengenal pasti sama ada si dia benar-benar serius atau hanya sekadar mahu mengisi masa lapang?
EH! bongkarkan tanda-tanda paling ketara yang menunjukkan si dia benar-benar seriues dan bersedia untuk melangkah lebih jauh dalam hubungan bersama anda.
1. Dia konsisten dalam usaha & komunikasi
Si dia sentiasa berusaha untuk kekal berhubung dan bukan hanya ketika lapang, tetapi juga semasa sibuk. Dia tidak biarkan mesej tergantung dan tidak ‘hilang’ tanpa khabar.
2. Memperkenalkan anda kepada keluarga & rakan-rakan
Apabila si dia membawa anda bertemu keluarga atau memperkenalkan anda kepada sahabat karibnya, itu tanda besar bahawa dia mahu anda jadi sebahagian daripada hidupnya, bukan sekadar hubungan rahsia.
3. Dia berusaha selesaikan konflik, bukan melarikan diri
Setiap hubungan pasti ada cabaran. Tetapi jika si dia sanggup berbincang secara matang dan tidak lari bila berlaku pertelingkahan, itu petanda dia menghargai hubungan ini.
4. Tindakannya selari dengan kata-kata
Dia tidak sekadar berkata “saya sayang awak” atau “awak penting dalam hidup saya”, tetapi membuktikannya melalui tindakan nyata, contohnya memberi sokongan, hadir ketika diperlukan dan menjaga anda dengan penuh hormat.
5. Dia ambil berat tentang emosi dan pendapat anda
Seseorang yang serius akan cuba faham perasaan anda, bertanya tentang hari anda dan memberi perhatian bila anda berkongsi sesuatu sama ada kecil atau besar.
Baca: Selebriti & Pempengaruh Malaysia Ini Graduan Masscom, Teater & Seni