Sama ada anda mengaku atau tidak, wanita memang sukar diramal, apatah lagi difahami. Tetapi, yang lebih teruk bila kebanyakan wanita suka berdiam diri tentang apa yang mereka mahukan tentang seks di dalam bilik tidur.
Membongkar rahsia mereka adalah perkara yang sukar, tetapi ia bukan sesuatu yang mustahil. Tak kira wanita, lelaki juga pasti keliru dengan reaksi pasangan yang sebenarnya mahukan seks dan mula tertanya-tanya apakah maksud gerak-geri mereka. Adakah hanya mahu bermanja atau sedang merancang pelbagai taktik gangguan untuk membuat si dia berhenti melakukan apa yang sedang dilakukan untuk bersama anda serta-merta. EH! bantu para suami menyahkod bahasa tubuh wanita yang halus sebelum terjadinya adegan panas. Jika anda berjaya membaca isyarat sang isteri dengan betul, anda pasti mendapat ganjaran yang hebat dan liuk tubuhnya akan memaparkan tanda ghairah yang tidak boleh dipalsukan. Berikut adalah beberapa tanda untuk anda decode kehendak hati pasangan anda:
1. Mahu Bermanja dan Berpelukan
Saat tangan kalian berpegangan, tangan anda dirapatkan pada tubuhnya. Mungkin ada sesuatu yang bakal berlaku. Sekarang, alihkan perhatian penuh kepada dirinya. Dalam sesetengah posisi si dia mungkin akan menggunakan lengan untuk menyokong kembarnya agar tampak seksi tetapi dalam kebanyakan situasi, dia tidak akan melepaskan tanganmu dari tubuhnya. Dia tidak akan berjaya berselindung bila dia mula berasa selesa dengan posisi badannya. Ini petanda anda berdua tidak perlu lagi menahan diri dan segeralah beraksi.